expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
as l0ng as i breath...may G0d bless us...

Thursday 28 August 2014

Hadith 6 : Halal dan Haram

Diriwayatkan dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir ra, dia berkata: 

“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: 

“Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya mutasyabihat (perkara-perkara yang samar) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara diri dari segala perkara-perkara syubhat itu, maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama da kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara-perkara yang haram seperti seorang pengembala yang mengembalakan kambingnya di sekitar kawasan terlarang yang nyaris kambingnya itu merumput di dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja mempunyai kawasan larangan! Ingatlah bahawa kawasan larangan Allah adalah apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa di dalam jasad itu terdapat seketul daging; apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Ingatlah bahawa seketul daging itu adalah hati.”

(HADIS RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM)

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab Iman (Bab: Orang yang menjaga kesucian agamanya), nombor 52 juga dalam kitab Perdagangan. Sedang dalam kitab Sahih Muslim terdapat pada kitab Perdagangan (Bab: Mengambil yang halal dan meninggalkan yang syubhat), nombor 1599.

KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini disepakati atas martabatnya yang tinggi dan faedahnya yang banyak. Hadis ini merangkumi keseluruhan ajaran-ajaran Islam. Sekumpulan ulama mengatakan bahawa: “Hadis ini merangkumi sepertiga ajaran Islam.” 
Abu Daud berkata: “Barangsiapa yang mendalaminya, dia akan memperolehi semua kandungan yang disebutkan di atas, kerana hadis ini mencakupi penjelasan tentang halal, haram dan syubhat (meragukan, belum jelas antara halal dan haram, kerana tidak ada dalil yang tegas yang menghalalkan atau mengharamkannya), apa yang boleh memperbaiki hati dan yang akan merosakkannya. 

Semua ini menuntut kepada kita untu mengetahui hukum-hukum syariat, dasar-dasar dan cabang-cabangnya. Hadis ini juga merupakan dasar bagi sikap wara’, iaitu meninggalkan yang syubhat (ssamar).”

INTISARI HADIS 

1. Anjuran supaya mengerjakan perbuatan yang halal dan meninggalkan perbuatan yang haram dan syubhat (merupakan). 
2. Perbuatan yang syubhat itu tidak dilakukan kecuali oleh sebahagian kecil dari masyarakat.
3. Menjaga kesucian dalam urusan dalam urusan Ad Din dan menjaga kesucian kehormatan diri.
4. Orang yang tidak berhati-hati terhadap perkara-perkara yang syubhat dalam kehidupannya, bererti dia telah menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram.
5. Menghindari segala sesuatu yang boleh menjerumuskan kepada perkara yang haram.
6. Anjuran untuk memperbaiki hati kerana sekiranya hati itu baik, maka baiklah perbuatan-perbuatannya. Sebaliknya jika hati itu rosak, maka rosaklah pula perbuatan-perbuatannya. 
7. Akal itu terletak di hati.
8. Berusaha untuk memilih perbuatan yang baik menunjukkan bahawa hatinya baik.

TAFSIR HADIS 

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa setiap perkara yang dihalakan oleh Allah SWT dan RasulNya itu sudah terang dan jelas. Begitulah juga, setiap perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya. Apa yang dikhuatirkan terhadap setiap Muslim adalah perkara-perkara yang masih syubhat, yang samar bagi kebanyakan orang. 

Maka sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas halal atau haramnya, sebenarnya orang itu telah menyempurnakan kesucian agamanya dan terhindar jauh dari kelakua yang haram serta terjaga kehormatannya dari aib dan cela yang mencemarkan dirinya di mata orang akibat melakukan perkara yang syubhat, bererti dia telah menjerumuskan dirinya ke dalam perbuatan yang haram dan celaan orang ramai. 

Kemudian Nabi saw menghimpunkan bahawa mereka yang mengerjakan perbuatan syubhat itu bagaikan pengembala yang mengembala binatang ternakannya berdekatan daerah yang terlarang untuk gembalaan, sehingga besar kemungkinannya binatang ternakannya itu akan memasuki daerah terlarang. 
Lalu Nabi saw memberikan isyarat bahawa segala perbuatan dan kelakuan zahir (kelihatan di luar) itu menunjukkan kebaikan atau keburukan batin yang ada di dalam diri seseorang. 

Baginda berkata, bahawa dalam tubuh seseorang itu terdapat seketul daging yang bernama Qalbu (hati) yang kebaikan atau keburukannya berbanding sama dengan perbuatan da tingkah laku seseorang. Apabila anggota tubuh seseorang itu berada dalam ketaatan menjalan perintah agama Islam atau perbuatan dan tingkah laku terpuji, bererti hatinya itu baik. Tetapi jika anggota tubuh seseorang itu berada dalam kemaksiatan atau perbuatan dan tingkah laku yang tercela, bererti hatinya itu sedang rosak atau buruk.

Wallahualam. Semoga bermanfaat. 

Prepared by: Cik Muda

Tuesday 26 August 2014

Hadith 5 : MELENYAPKAN KEMUNGKARAN DAN MELENYAPKAN BID’AH


Diriwayatkan dari Ummul Mukminin Abdillah, Aisyah ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, 

“Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan agama kita ini yang bukan bahagian darinya maka ia tertolak.”
(HADIS RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM)

Sementara dalam riwayat Imam Muslim lainnya: “Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan, di mana amalan itu bukan merupakan perintahku maka ia tertolak.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab Perdamaian (Bab: Jika minta berdamai dengan perdamaian yang batil, maka tertolak), nombor 2550. Sedang dalam kitab Sahih Muslim terdapat kitab Al Aqdhiyah (Bab: Batalnya hukum yang batil dan tertolaknya perkara yang diada-adakan), nombor 1718.

KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini merupakan salah satu dasar penting dan beberapa dasar-dasar Islam, sebagaimana hadis: “Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya.” Yang merupakan petunjuk jelas untuk menilai amalan dari segi batil, setiap amalan yan ditujukan untuk memperolehi keredhaan Allah, maka pelakunya tidak akan mendapat pahala. Maka hadis ini merupakan pegangan (petunjuk) untuk menilai sesuatu amalan dari segi zahirnya. 

Setiap amalan yang tidak berlandaskan perintah Allah dan RasulNya, maka amalan tersebut tertolak dan sesiapa sahaja yang mengada-adakan sesuatu dalam agamanya yang tidak diizinkan Allah dan RasulNya, maka hal itu bukan sebahagian dari agama.

Imam An Nawawi rh berkata: “Hadis ini wajib dihafal dan dijadikan sebagai dalil untuk mencegah kemungkaran.”
Ibnu Hajar Al Haitami berkata: “Hadis ini merupakan salah satu daripada kaedah Islam yang sangat penting dan sangat luas manfaatnya dari segi maksudnya dan merupakan dalil yang menyeluruh atas setiap hukum syariat yang ditetapkan.”

INTISARI HADIS

1. Anjuran agar itba’ (mengikut sunnah Nabi saw dan mengamalkan segala yang diperintahkan) dan menghindari perbuatan bid’ah.
2. Tidak diterima segala perkara-perkara yang baru dalam urusan Ad Din dan tidak ada perbezaan antara perkara-perkara yang baru yang kita lakukan atau hanya sekadar mengikut orang lain. 
3. Segala sesuatu yang sesuai dengan syarak (syariat Ad Dinul Islam) ataua sesuai dengan kaedah-kaedah umum syarak, ia tidak tertolak.
4. Semua aqad (amalan yang diadakan) yang dilarang itu dan batal, sia-sia.
5. Keputusan hakim tidak dapat mengubah sesuatu hukum yang telah jelas haramnya dan halalnya.

TAFSIR HADIS

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap ibadah atau amalan yang syariatnya bukan dari Allah SWT dan RasulNya atau perkara-perkara yang baru dalam Dinul Islam yang tidak ada dasarnya dari Sunnah Nabi saw atau tidak ada dasarnya dari kaedah-kaedah umum(syarak), adalah tidak diterima dan orang melakukannya berdosa. 

Dan segala mu’amalah baru bertentangan dengan hum syarak, wajib ditolak. Setiap muslim hendaklah berhati-hati dari perbuatan bid’ah dalam agama dan hendaklah berpegang teguh kepada petunjuk Nabi Muhammad saw.

Prepared by: Cik Muda

Monday 25 August 2014

Istiqamah

Istiqamah mmg susah utk sentiasa diteruskn tetapi mesti juga terus mencuba.

Allah akn mmberikn malaikt sebagai teman utk orang-orang yang beriman dan beristiqamah. Terutamanya bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan mmbisikkan di telinga supaya jgn bimbang, kerana orang itu akn mndpt kebahagiaan yg hakiki.Dan jgn bimbang apa yg ditinggalkn di dunia kerana Allah akn menjaganya.

Malaikat akan menjadi teman pada orang-orang yang beriman dn beristiqamah.

Sentiasa akan ada.

Sebab tu para pejuang islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkn syurga yg dijanjikan.

Keyakinan bukan hanya dgn perktaan.Tetapi apa yg kita lakukan dengan amalan.Ingatlah bahawa dunia ini semata mata ujian.Ujian yg amat sedikit.Kurang harta...sakit..semua tu sikit je.

Iman seseorg akn diuji dgn dugaan.ALLAH berfirman:

" adakah kamu fikir mudah utk kamu masuk syurga?"

Macam mana nak tahu malaikat tu ada dgn kita?

Bila jiwa yg suka pd kebaikan yang menepati syariat, orang yg didampingi malaikat akan sangat suka.
Dan juga jiwa yg tak senang dgn perkara bertentangan syariat.Orang yang istiqamah akan ikhlas dgn amalannya dan ibadat nya. 

Contoh buat ibadah hanya utk keperluan dunia.Itu tak ikhlas.Ibadah kena dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia.Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn ibadah.Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.

Apa itu kerana Allah?

Syarat utk ibadah itu diterima
1. Ikhlas   
2. Mengikut syariat

Sbrg amalan kena ikut syariat.
Contoh mkn kena ikhlas.
Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak
Kenapa kita makan?

Kita makan untuk beribadat.Supaya ada daya untuk beribadat.Sebab tuhan jadikan kita untuk beribadah.
Dan makan tadi mestilh dari sumber yang halal,supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas tau tidak.Tujuan kena jelas... datang utk mendengar peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yg kita hajatkn yg sebenarnya.Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah.

Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa Rabb kita.Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam islam dan iman... kena minta hidayah itu tetap and dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sbb itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan

Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali alfatihah dlm solat. Tidak boleh pandang ringan pada dosa.,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa. Dosa-dosa kecil adalah seperti titik hitm pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nk tetap.Sentiasa lah ingat pada Allah.

Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah.Laksanakanlah segala suruhan, tinggalkanlah segals larangan.Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu,akan dimudahkn jalan,tapi ilmu itu kena mesti meningktkn keimanan.Apa pun ilmu,amalan selagi mendektakan diri dgn Allah, mesti tingglkn segala larangan.Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dgn perkara ghaib,dirikan solat dan belanjakn sebahgian rezeki ke jalan Allah.Jadi dalam ayat quran, kena mula-mula iman kena betul.

Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah yang patutnya mendekatkan kita Allah.Dampingilah orang yang beribadah mendektkn diri dgn Allah.Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang "tersalah haluan". Tapi kena tahu kiter ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah menyampaikan.

Sentiasalah beringat.Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan sesekali menjauhi.Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah.Sebab dunia ni jambatan ker akhirat,pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada yang tidak betul ada lah betul,supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yg betul. Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup  dengan iman yg ada,kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah... orang-orang yang kini tak berapa bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita.Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi,dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendakatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

Wallahualam.... yang baik dari Allah... segala kekurangan dari diri saya...
Intipati tazkirah dari ustaz farid ariffin

Tuesday 19 August 2014

apa itu Sunnatullah ?

Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahajadi dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat manusia.

Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunnatullah. Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetapadi dan peraturkan untuk manusia. Yang wajib kenalah manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. 

Rosak dan binasa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah sampai bila-bila.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)

Perlu diingat bahawa sunnatullah itu terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:Manusia menerimanya secara terpaksa
Kedua: Manusia menerima secara sukarela

Firman Allah:Maksudnya: “Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa.” (Ar Ra’d: 15)1. 

1.Secara terpaksa(karhan)
Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanya secara terpaksa (karhan). Di antaranya seperti:
– Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan dengan udara bukan dengan air dan lain-lain.
– Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lainlainnya.
– Makan dan minum melalui mulut bukan melalui dubur dan lain-lain jalan.
– Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan dan lain-lain.
– Kalau mahu rehat dan untuk memulihkan kesegaran kenalah tidur dan rehat, bukan melalui bermain atau panjat pokok dan lain-lain.Begitulah keadaannya. 

Banyak contoh-contoh lain lagi yang tidak perlu disebutkan di sini. Kiaskan sahaja.

2. Secara sukarela (tau’an)
Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat peraturan sebagai sunnatullah yang tidak akan diubahi seperti:
– Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan air mineral, jangan makan dan minum yang haram seperti daging babi dan arak.
– Inginkan perempuan kenalah berkahwin. Jangan berzina.
– Inginkan kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga,bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipudan jangan rasuah.
– Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, kenalah mengguna hukum Allah Taala yang berdasarkan AlQuran dan Sunnah.
– Kalau mahu kehidupan di bidang ekonomi berjalan sihat,tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba,monopoli dan memperniagakan yang haram.
– Jika mahu kehidupan manusia seimbang agar terjamin kebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupanyang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.

Demikianlah beberapa contoh. Terlalu banyak lagi. Kiaskan sahaja.Kedua-dua sunnatullah itu sama ada yang bersifat terpaksa(karhan) mahupun bersifat sukarela atau pilihan (tau’an) atau ada usaha memilih untuk melaksanakannya, kalau dilanggar atau tidak dipatuhi, pastilah manusia akan binasa di dunia ini sebelum binasa di Akhirat kelak. 

Sebab-sebab manusia menolak itu mungkin kerana manusia itu mahu buat peraturan sendiri sebab tidak puas hati dengan peraturan Tuhan itu. Maka mereka pun membuat sunnah sendiri. Sunnatullah yang pertama, tidak ada manusia yang menentang atau menolaknya. Semua orang boleh menerimanya kerana dari pengalaman manusia, mereka boleh menerima dengan penuh suka dan puas hati. Tidak ada yang terasa berat menerimanya. 

Bahkan tidak ada yang merasa inferiority complex menerimanya. Semua menerimanya dengan berpuas hati dan senang hati. Tidak ada yang merasakan kolot, ketinggalan zaman,out of date. Tidak ada yang mengatakan, “Ia sudah ketinggalan zaman,semenjak Nabi Allah Adam lagi manusia bernafas dengan udara.

Sudah terlalu lama, sudah kolot. Inikan zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, tidak sepatutnya kita bernafas dengan udara lagi. Patut kita bernafas dengan air. Patut kita ubah rasa.” Tiada manusia yang mengatakan begitu.Mengapa manusia boleh menerima bahkan berpuas hati dengan sunnatullah yang pertama iaitu yang bersifat karhan? Mengapa tidak ada mempertikainya? Mengapa tidak terasa kolot menggunakan peraturan yang sudah terlalu lama itu?

Manusia boleh menerimanya kerana kalau melanggar sunnatullah itu risikonya besar dan cepat sekali rosak binasa hingga boleh membawa mati. Bahkan sudah ramai yang mati disebabkan air. Cubalah bernafas dengan air! Bolehkah hidup? Bolehkah bernafas? Sudah tentu tidak boleh. Kalau diteruskan juga, masa itu juga binasa. 

Jadi oleh kerana kalau melanggar sunnatullah yang pertama,yang bersifat terpaksa itu (karhan), manusia akan cepat menerima risikonya, maka tidak adalah manusia yang melanggar sunnatullah yang pertama itu. Malahan manusia boleh patuh dengan puas hati. 

Di sini manusia merasa selamat menerima sunnatullah yang bersifat karhan. Manusia berpuas hati menerima peraturan itu. Manusia mengakui siapa yang melanggar sunnatullah itu, mereka pasti rosak binasa. Ertinya mematuhi peraturan yang bersifat karhan itu, ia sangat menyelamatkan dan menguntungkan manusia. 

Bagaimanapun, manusia payah mahu menerima sunnatullah yang kedua iaitu yang bersifat sukarela (tau’an). Termasuklah sebahagian besar umat Islam di dunia, di akhir zaman ini. Allah Taala membenarkan manusia untuk memilih menerima atau menolak sunnatullah yang bersifat tau’an ini tetapi risikonya tetap ada bahkan lebih besar lagi. Sama ada yang akan berlaku di dunia, betapalah yang akan ditimpakan di Akhirat kelak. Umat Islam sendiri merasa malu untuk menerimanya, ragu melaksanakannya, takut tidak maju, takut huru-hara, malu dengan yang bukan Islam. 

Ia dianggap ketinggalan zaman dan sudah tidak sesuai lagi.“Sekarang zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, bukan zaman unta.”Begitulah umat Islam sendiri dengan penuh angkuh dan sombong menolaknya. Bahkan benci dan prejudis terhadap pejuang-pejuang yang hendak menegakkan sunnatullah kedua yang bersifat tau’an ini. 

Ramai manusia yang menolak, termasuklah sebahagian besar umat Islam, kerana apabila menolak sunnatullah yang kedua ini risikonya lambat. Kebinasaan dan kerosakan tidak terus berlaku di waktu itu. Ianya lambat berlaku. Adakalanya selepas sepuluh tahun, lima belas tahun atau dua puluh tahun. 

Sehinggakan apabila risiko dan kerosakan menimpa, di waktu itu mereka sudah tidak dapat kaitkan lagi ia dengan perlanggaran dan penolakan sunnatullah yang dilakukan sejak bertahun-tahun yang lalu. Lantaran itu kalau ada orang atau golongan yang sedar, memberitahu kerosakan moral, jenayah, perpecahan dan lain-lain lagiy ang berlaku sekarang ini disebabkan kita sejak dahulu telah melanggar sunnatullah, mereka akan menolaknya. Bahkan marah dan bermusuh pula dengan orang itu. 

Mereka tidak boleh hendak mengaitkan gejala sosial yang berlaku, yang telah merosakkan masyarakat hari ini dengan kesalahan mereka menolak hukum atau sunnatullah itu. Sebagai contoh, keruntuhan akhlak dan gejala tidak sihat yang berlaku di dalam masyarakat sekarang seperti bohsia,bohjan, budaya lepak, vandalisme, rompak, samun, rasuah, krisis rumah tangga dan sebagainya itu adalah akibat dari apa yang kita telah lakukan sejak puluhan tahun yang lalu. Ianya berlaku apabila sistem pendidikan tidak mengikut syariat Allah, sistem ekonomi berdasarkan kapitalisme, perlembagaan negara bertentangan dengan sunnatullah iaitu tidak mengikut Al Quran dan Hadis, masyarakat kita tidak dihalang daripada pergaulan bebas dan media massa yang tidak dikawal daripada memaparkan apa yang dilarang oleh Allah seperti mempamerkan gambar-gambar lucah yang merangsang nafsu. 

Jadi, gejala sosial yang berlaku adalah buah dari pokok yang sudah lama kita tanam. Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa sunnatullah yang kedua ini yang bersifat tau’an, jangan dilanggar. Kalau dilanggar tetap memudarat dan merosakkan masyarakat manusia tetapi memakan masa yang panjang baru nampak risikonya. Setelah lama barulah terlihat kesannya. 

Sama ada sunnatullah yang pertama mahupun yang kedua,yang bersifat karhan mahupun yang bersifat tau’an, kalau dilanggar juga kita akan binasa. Hidup kita akan huru-hara. Masyarakat kita akan pincang. Kebahagiaan kita akan tercabar dan keharmonian kita akan hilang. Cuma pelanggaran yang pertama cepat kebinasaannya tetapi pelanggaran yang kedua lambat. Itu sahaja bezanya.

Justeru itu kalau didapati di dalam masyarakat kita berbagai-bagai jenayah, kerosakan akhlak, krisis, bahkan bencana alam,rujuk cepatlah kepada Allah Taala. Jangan lengah-lengah lagi. Muhasabah diri dan sistem yang kita bangunkan. Ada atau tidak pelanggaran sunnatullah itu. Kalau didapati ada pelanggaran, kenalah perbetulkan. Tukar segera dengan sunnatullah, kemudian memohon ampun sebanyak-banyaknya kepada-Nya sebelum Allah Taala menimpakan balasan dan hukuman yang lebih berat dan teruk lagi.

Perkongsian Naqibah Shamira

Hadith 4 : TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA DAN AMALAN TERAKHIRNYA

Diriwayatkan dari Abdur Rahman Abdullah bin Mas’ud ra, dia berkata Rasulullah saw bersabda kepada kami, sedang beliau adalah seorang yang benar lagi dibenarkan: 

“Sesungguhnya seseorang dari kalian dikumpulkan ciptaannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari berupa nutfah (air mani), lalu menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama empat puluh hari pula, lantas menjadi mudghah (seketul daging) pada waktu yang sama pula. Kemudian Allah mengirimkan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan dia diperintahkan menuliskan empat perkataan atau ketetapan, iaitu rezekinya, ajalnya, amalnya, dan kesengsaraannya atau kebahagiaannya. Dan demi Allah, Zat Yang Tiada Tuhan kecuali Dia, sesungguhnya seseorang di antara kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga tidak lebih dari sehasta. Lalu kitab suratan taqdir mendahuluinya, sehingga orang tersebut beramal dengan ahli neraka, maka dia pun masuk neraka. Dan sesungguhnya seseorang di antara kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dengan neraka tidak lebih dari sehasta. Lalu suratan taqdir mendahuluinya, sehingga orang tersebut beramal dengan amal ahli syurga, maka dia pun masuk syurga.”
Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab sahihnya pada awal kitab Awal Penciptaan (Bab: Penyebutan malaikat) nombor 3036, juga pada awal kitab Al-Qadr, (Bab: Bagaimana penciptaan Adam) nombor 2643.

🌱KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini adalah merupakan hadis yang tinggi nilainya yang merangkumi segenap aspek keadaan manusia dari saat awal penciptaan, kelahiran ke dunia hingga masuk syurga (tempat kebahagiaan) atau masuk neraka (tempat kesengsaraan) sesuai dengan imu, taqdir dan qadha Allah.

🌱INTISARI HADIS

1. Isyarat kepada pengetahuan tentang proses kejadian manusia dan nasib perjalanan hidup manusia serta nasib akhir kehidupannya, kaya atau miskin, sengsara atau bahagia. 
2. Kebolehan bersumpah di atas berita yang benar untuk meyakinkan pendengarnya.
3. Beriman kepada Hari Kebangkitan dan kehidupan selepas kematian.
4. Penegasan adanya taqdir dan beriman kepada taqdir.
5. Rela dengan ketentuan Allah SWT bagi hambaNya dalam soal rezeki dan tidak tamak tetapi tetap terus berusaha.
6. Takut akhirnya hayatnya dengan Su’ul Khatimah (akhir hayat yang buruk).
7. Taubat itu dapat menghapuskan segala perbuatan yang tidak baik yang telah terjadi sebelumnya.
8. Kebahagiaan dan kesengsaraan telah dicatat sebelumnya. Manusia dengan mudah memperolehi apa yang telah ditentukan baginya.

🌱TAFSIR HADIS

Hadis ini menerangkan tentang awal kejadian manusia daripada satu peringkat ke peringkat yang lain, iaitu dari air mani lalu berubah menjadi ‘alaqah, kemudian berubah menjadi mudghah yang berbentuk, sehinggalah berbentuk manusia. Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh ke atasnya, maka mulailah ia hidup bergerak-gerak, lalu ditulis baginya kematian, ketentuan umurnya dan perbuatan selama hidupnya, jahat atau baik, serta kebahagiaan atau kesengsaraannya.
Kemudian melalui hadis ini, nabi saw menyatakan tempat kembali manusia, apakah di syurga atau nerakan. Nabi saw memberi gambaran untuk memperingatkan manusia agar berhati-hati dengan kesudahan hayat kita, sama ada Su’ul Kahtimah (kesudahan hayat yang buruk) atau Husnul Khatimah (kesudahan hayat yang baik). Ini adalah kerana kemungkinan terdapat anak cucu Adam yang berbuat baik sepanjang umurnya dengan ketaatan kepada Allah SWT tetapi apabila setelah hampir ajalnya, tiba-tiba dia menyekutukan Allah SWT atau mengingkariNya lalu dia mati, maka tentulah dia masuk ke neraka. Sebaliknya yang berbrurk sepanjang umurnya dengan kekafiran dan maksiat tetapi menjelang ajalnya dia masuk Islam dan bertaubat dia masuk ke syurga.”

Wallahualam. Semoga bermanfaat. 

Prepared by: Cik Muda

Monday 18 August 2014

Renungan seorang Khalifah !

Assalamualaikum.

Jom dhuha. Sedikit tinta demi akhawat kesayangan :)

apekah 2 tujuan utama kite hidup di dunia,  yg allah sebut dlm quran

hamba + khalifah
tugas manusia
1. hamba kpd allah shje
2. khalifah di bumi

Jd apa tugas hamba + khalifah ?

sbnrnye 24 jam hidup kite bole jdi pahale klu kite nak....
1.pergi mne2 niat dakwah...dgn akhlaq mulia..pakaian mungkin
2. prgi mne2 niat tuntut ilmu..
3. prgi mne2 nmpk org buat msksiat,  doakkn taufiq & hidayh kpd mrka & kite
4.ingt allah setiap saat...
5. dll

lepastu.....rukun islam yg pertama apa??

Mengucap dua kalimah syahadah.
klu rukun 4 yg laen tu mcm puase,  haji,  solat, zakat....kite nmpk dgn perbuatan....tapi klu 2 kalimah syahadah,  ape perbuatn yg kite bole  buat???

maksud tiada tuhan selaen allah tu..........
kite buang keagungan makhluq2 allah yg laen dari kite,  dan dlm hati kite hanya ade allah
bende tu boleh terzahir dlm bentuk per buatan...

cth: si fulanah ade masalah....stress gegile nih...

klu dlm hati die ade allah,  maka die akn ambil wuduk, terus solat due rakaat minx allah tunjuk jalan

klu dlm hati die xde allah, maka die akn pergi mengadu dgn kawan,  dgn mak dahulu sblom jumpe dgn allah...

itu contoh perbuatn yg terzahir apabila u kalimah lailahaillallah tu betol2 tersemat di hati....

ataupon.....barang kite hilang.......

klu dlm hati kite ade allah,  kite akn ckp mcm ni..." ya allah,  barang aku hilang, dan aku redha dgn ketentuanmu. klu barang itu mmg rezeki aku,  kau prmudahkn aku utk menemuinya..klu bukn rezeki aku,  maka kau berilh kpd yg berhak"

tpi klu dlm hati kite xde allah.."mangkuk btol lahh...mne plak die pergi..time2 cemni lahh die nk hilangg"

itu baru kalimah asyhadu anla ilaha illallah......klu kalimah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah pulak mcm mne??󾌵󾌵

mcm mne nak praktis kalimah yg kedua ni???

ok....mule2...ape rahsia sahabat2 rahum. dpt takluk 2/3 dunia???....sape bole jawab???

jawapnnye: rahsia sahabt2 dpt takluk 2/3 dunia sbb mereka ikut sunnah rasulullah saw 24 jam....daripada bangun tido,  hingga tido semula,  daripada hujung rambut smpi hujung kaki,  para sahabat ikut sunnah rasulullah.....

itulh rahsia dia

sbb tu ummat islam zaman skrg susah nk takluk walaupon sebuah negara....sbb tinggalkn sunnah rasulullah....ataupon,  buat sekerat jee

manusia zaman skrg suke kejar dunia....tapi manusia tak perasan,  orang yg kejar akhirat 2/3 dunia allah bagi mereka

org kejar dunia,  dunia larikan diri.......orang kejar akhirat,  dunia tercari cari.......

sbb tu wali allah bole dpt dunia sekelip mata....minx itu,  pap! terus dapat....takde kapal,  pap! bole jalan atas air.....haha

tapi....mesti jugak org tertanyatanya....klu mcm tu,  knape ramai org kafir yg kaya raya...

Istidraj?
Kufur nikmat?

ade satu lgi jwpn ....brdsrkn hadis yg bole buat org islam berpaling dri dunia....klu die benar2 memahami

hadis itu maksudkn begini :
kalaulah dunia ni berharga walaupon sebesar kepak nyamuk (ke....lalat. tak ingat), maka allah takkan beri dkt orang kafir walaupon seteguk air.

tapi sekrg,  allah bukn shaje bgi seteguk air...bahkan hamper2 bumi & seisinya allah bagi...ini menunjukkn,  dunia yg dikejarkejar oleh manusia ni,  langsung .....langsung tak berharge..

sbb tu allah bgi dunia kt org kafir...sbb dunia ni takde harge langsung..

tapi jgn risau....allah dh bgi tau kite...lbih kurg mcm ni maksudnye,  kite fokus utk akhirat,  tpi jgn tak toleh kt dunia.....haaa mcmtu

sedey sbb hati ini maseh penoh dgn duniaa :( :(

Wallahualam. Semoga bermanfaat in sha Allah.

Perkongsian Daurah Muslimah :)

Kenapa aku berniqab ? berpurdah?

Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun “ustazah”. Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan. Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Aishah. 

“Erm Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. “entahla~” jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. “Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. 

Sekali lagi mata Aishah mengecil. “erm..ok lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?” 

Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. “Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?“ “MashaAllah, hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe.” Aishah bergurau. “Ade2 je la Aishah ni." Aqilah bersuara malu. “Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh..” 

Aishah mengembalikan perbincangan. “Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu.." “Eh salah ke? astaghfirullahalazim~” kerisauan Aqilah jelas terpancar. " 

Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.” Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri. “Alah, Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~” Aqilah memuji Aishah. “segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit2 aje..” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut. 

“Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-’Asr, “setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita.” Hurai Aishah.  “Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. 

erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?” Aqilah kembali bertanya. “Tak jugak~” sekali lagi mudah Aishah menjawab. “Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan. “Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah menjelaskan. “Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?” Aqilah inginkan kepastian. ““Ya” pada Aishah, mungkin “tidak” bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah.” Aishah menjawab . “Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw…takkan la Nabi …..” Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah. 

Aishah ketawa kecil, “memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi “title” yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak”. “title” ahli syurga? apa die?” Aqilah ingin tahu. “RadiaAllahu’anhu waradhu’anh (Allah redha ke atas mereka)” jawab Aishah. “Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe” Aqilah tetap ingin tahu. 

“Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep.” Aishah tenang menjawab. “Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh “share” dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?” Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. 

“Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al- ahzab, ayat 70-71." 
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 70-71] . 

“Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot~” Aqilah cuba mendapatkan kepastian. “Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu." Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. “Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ” pinta Aishah. 
“Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71] "

Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu.” pinta Aishah lagi. “Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” 
Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. 

“Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?” tanya Aisyah. “MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~” Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu. 

“Yup~ itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah “extremist” atau ape2 pun Aishah tak kesah, sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka.” tambah Aishah. 

“Allah~lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~” Aqilah memberi azam. “Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu” Aishah mengambil hati. “hehehe…emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. 

Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)” Aqilah cuba berkongsi ilmu. “Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? ” Aishah inginkan kepastian. “Haaaa…”lurus” yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!” 

Aqilah mengagumi Aishah. “Oooo..kire Aqilah nak kate Aishah ni “lurus” la eh?” Aishah bergurau. “Eh? Buleh jugak kot~ haha” spontan jawapan dari Aqilah. “Amboih~” Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. 

Tiba-tiba satu suara garau menerpa, “Ayoyoyo~ tak mau balek lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~” tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya. “Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe…jom Aishah~” Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut.Mereka pun beredar bersama-sama.

Sunday 17 August 2014

Puasa Sunat Aidilfitri dan Puasa Qada' (ganti)

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha:

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara
puasa sunat syawwal dan puasa qadha?

Jawapannya:
Sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih:

ﻭﻣﺎ ﺗﻘﺮﺏ ﺇﻟﻲ ﻋﺒﺪﻱ ﺑﺸﻲﺀ ﺃﺣﺐ ﺇﻟﻲ ﻣﻤﺎ ﺍﻓﺘﺮﺿﺖ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻣﺎ ﻳﺰﺍﻝ ﻋﺒﺪﻱ ﻳﺘﻘﺮﺏ ﺇﻟﻲ ﺑﺎﻟﻨﻮﺍﻓﻞ ﺣﺘﻰ ﺃﺣﺒﻪ

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu
dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah
mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka,
dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka
kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah
aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun
dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut
keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya
selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat.
Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu.

Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang
singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa
Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita
mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat
Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah
mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW:

ﺇﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻛﺘﺐ ﺍﻟﺤﺴﻨﺎﺕ ﻭﺍﻟﺴﻴﺌﺎﺕ ﺛﻢ ﺑﻴﻦ ﺫﻟﻚ ﻓﻤﻦ ﻫﻢ ﺑﺤﺴﻨﺔ ﻓﻠﻢ ﻳﻌﻤﻠﻬﺎ ﻛﺘﺒﻬﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﻋﻨﺪﻩ
ﺣﺴﻨﺔ ﻛﺎﻣﻠﺔ ﻓﺈﻥ ﻫﻮ ﻫﻢ ﺑﻬﺎ ﻓﻌﻤﻠﻬﺎ ﻛﺘﺒﻬﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﻋﻨﺪﻩ ﻋﺸﺮ ﺣﺴﻨﺎﺕ ﺇﻟﻰ ﺳﺒﻊ ﻣﺎﺋﺔ ﺿﻌﻒ
ﺇﻟﻰ ﺃﺿﻌﺎﻑ ﻛﺜﻴﺮﺓ ﻭﻣﻦ ﻫﻢ ﺑﺴﻴﺌﺔ ﻓﻠﻢ ﻳﻌﻤﻠﻬﺎ ﻛﺘﺒﻬﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﻋﻨﺪﻩ ﺣﺴﻨﺔ ﻛﺎﻣﻠﺔ ﻓﺈﻥ ﻫﻮ ﻫﻢ ﺑﻬﺎ ﻓﻌﻤﻠﻬﺎ ﻛﺘﺒﻬﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﺳﻴﺌﺔ ﻭﺍﺣﺪﺓ

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan
kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan
kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700
kali ganda.."
( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah
lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah
jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa
qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah
dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah
sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya
adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi
mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-
lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya
tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah
melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya
maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik
kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan  yang mengharuskan
penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha
(yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka
sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba
menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti
gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan
‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat
jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini
pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib
termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh
campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah
Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan)
mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh
digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain,
kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang
tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu
bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan
menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan
hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu
a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh
di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua
puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih
sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak
menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

ﻛﺄﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﻋﻠﻲّ ﺍﻟﺼﻴﺎﻡ ﻣﻦ ﺷﻬﺮ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻓﻤﺎ ﺃﻗﻀﻴﻪ ﺣﺘﻰ ﻳﺠﺊ ﺷﻌﺒﺎﻥ

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa
Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang
sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang
‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia
dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya
kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya
mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun
syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah
menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas
menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap
mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat
dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala
al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min
Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat
tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian
menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan
Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr
Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini
ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

ﻣﻦ ﺻﺎﻡ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﺛﻢ ﺃﺗﺒﻌﻪ ﺳﺘﺎً ﻣﻦ ﺷﻮﺍﻝ ﻓﻜﺄﻧﻤﺎ ﺻﺎﻡ ﺍﻟﺪﻫﺮ

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no
6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past
tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh
membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa
Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian
barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala
sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan
bagi seseorang apa yang diniatkan."
(Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan
adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-
caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di
cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa
lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira.
(Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-
Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat
sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan:

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini:

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan
yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai
rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai
kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab
Syafie
(Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim
Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis
fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian:
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net

BAGAIMANAKAH KEINDAHAN SYURGA

Bagaimanakah Keindahan Alam Syurga? Bagaimanakah keadaan di Syurga??

Inilah negeri orang-orang yang dianugerahi kenikmatan dari kalangan para nabi, shiddiq, para syahid dan orang-orang sholih.  Negeri yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, negeri yang istana-istananya berbatu-bata emas, berbatu-bata perak, berplester kesturi wangi, berlahan subur mutiara dan yaqut. 
Tanahnya berasal dari za’faran, dan kemahnya berasal dari mutiara berlubang.


Demi Allah , ia adalah negeri yang berkilau kemilau dan berbau semerbak, dengan sungai yang terus mengalir dan buah-buahan bersusun hijau, serta istri-istri nan cantik jelita. 
Di sana ada pohon sidir yang tidak berduri, buah pisang yang bersusun-susun, pohon rindang membentang dan air yang tertuangkan. 


Wahai hamba Allah , disana mereka makan dan bersenang-senang, tidak pernah mengeluarkan ingus dan tidak pernah buang air, hanya mengeluarkan bau kesturi.


Di sana mereka tertawa dan tidak pernah menangis. 
Di sana mereka menetap dan tidak pernah berpindah. 
Di sana mereka hidup dan tidak pernah mati. 
Di sana wajah-wajah ceria dan cerah. 
Di sana terdapat keindahan yang nyata dan hurun ’ien (bidadari surga). 
Di sana terdapat kesenangan abadi. Di sana segala sesuatu indah. 
Di sanalah hijab akan tersingkap, dan mereka pun melihat wajah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemberi.
Di sanalah wahai hamba Allah , terdapat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terbetik dalam hati manusia.


Rosululloh bersabda:

 قَالَ اللَّهُ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِى الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنَ رَأَتْ، وَلاَ أُذُنَ سَمِعَتْ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ، فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ ( فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِىَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ …

(“Allah berfirman, “Aku persiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang sholih, kenikmatan yang tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas dalam hati manusia.” Jika kalian suka, maka bacalah:“Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.” (QS. as-Sajdah [32]: 17) (HR. al-Bukhori dan Muslim)

MENGETAHUI KECANTIKAN BIDADARI 

Bidadari Surga, Pesona dan Kecantikannya. Mereka adalah bidadari yang sangat cantik jelita. Keelokan dan kecantikan mereka mencapai kesempurnaan, tak ada kekurangan dan kecacatan sedikitpun, hingga mata tak akan berpaling dari memandang mereka.Kulit mereka sangat halus dan jernih, hingga sum-sum tulang betis mereka bisa terlihat dari balik dagingnya. Oleh karena itu, tubuh mereka laksana permata yaqut dan marjan. Allah berfirman:“Seakan-akan bidadari itu permata yaqut dan marjan.” (QS. ar-Rohman [55]: 58)
Mereka memiliki mata yang begitu indah dan menawan. 
Mereka bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.


Allah berfirman:

“Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. Maka nikmat Robb kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (QS. ar-Rohman [55]: 70-72)

Mereka adalah gadis-gadis yang muda belia, yang tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh bangsa jin.
Allah berfirman:

“Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (QS. ar-Rohman [55]: 56)

Mereka adalah gadis-gadis perawan yang penuh cinta dan sayang diciptakan untuk penghuni-penghuni surga.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.” (QS. al-Waqi’ah [56]: 35-38)

Mereka senantiasa dalam keadaan suci dari haidh dan nifas, dari air seni dan kotoran, sebagaimana firman-Nya:

“Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Robb mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridhoan Allah. Dan Alloh Maha melihat akan hamba-hamba-Nya.” (QS. Ali Imron [3]: 15)

Aroma mereka adalah aroma harum minyak kesturi. Sungguh sangat menakjubkan bahwa semerbak aroma wanginya mampu memenuhi sepenuh bumi.

Rosululloh bersabda:

Seandainya wanita surga (bidadari) muncul ke permukaan bumi, niscaya dia akan menerangi apa yang ada di antara keduanya, aroma wanginya akan memenuhi bumi. Sungguh tutup kepalanya lebih baik dari dunia seisinya.” (HR. al-Bukhori)Ibnul Qoyyim berkata:

“Jika anda bertanya tentang mempelai wanita dan istri-istri penduduk surga, maka mereka adalah gadis-gadis remaja yang montok dan sebaya. Pada diri mereka mengalir darah muda, pipi mereka halus dan segar bagaikan bunga dan apel, dada mereka kencang dan bundar bagai delima, gigi mereka bagaikan intan mutu manikam (bermacam-macam permata), keindahan dan kelembutan mereka selalu menjadi perebutan.  Elok wajahnya bagaikan terangnya matahari, kilauan cahaya terpancar dari gigi-giginya dikala tersenyum. Jika anda dapatkan cintanya, maka katakan semau anda tentang dua cinta yang bertaut. 
Jika anda mengajaknya berbincang (tentu anda begitu berbunga), bagaimana pula rasanya jika pembicaraan itu antara dua kekasih (yang penuh rayu, canda dan pujian).  Keindahan wajahnya terlihat sepenuh pipi, seakan-akan anda melihat ke cermin yang bersih mengkilat (maksudnya, menggambarkan persamaan antara keindahan paras bidadari dengan cermin yang bersih berkilau setelah dicuci dan dibersihkan, sehingga tampak jelas keindahan dan kecantikan).  Bagian dalam betisnya bisa terlihat dari luar, seakan tidak terhalangi oleh kulit, tulang maupun perhiasannya.  Andaikan ia tampil (muncul) di dunia, niscaya seisi bumi dari barat hingga timur akan mencium aroma wanginya, dan setiap lisan makhluk hidup akan mengucapkan tahlil, tasbih, dan takbir karena terperangah dan terpesona.  Dan niscaya antara dua ufuk akan menjadi indah berseri berhias dengannya.  Setiap mata akan menjadi buta, sinar mentari akan selalu pudar sebagaimana matahari mengalahkan sinar bintang.  Pasti semua yang melihatnya di seluruh muka bumi akan beriman kepada Alloh Yang Maha hidup lagi Maha Qoyyum (Tegak lagi Menegakkan).  Kerudung di kepalanya lebih baik daripada dunia seisinya.  Hasratnya terhadap suami melebihi semua keinginan dan cita-citanya. Tiada hari berlalu melainkan akan semakin menambah keindahan dan kecantikan dirinya.  Tiada jarak yang ditempuh melainkan semakin menambah rasa cinta dan hasratnya. 


Bidadari adalah gadis yang dibebaskan dari kehamilan, melahirkan, haidh dan nifas, disucikan dari ingus, ludah, air seni, dan air tinja, serta semua kotoran. Masa remajanya tidak akan sirna, keindahan pakaiannya tidak akan usang, kecantikannya tidak akan memudar, hasrat dan nafsunya tidak akan melemah, pandangan matanya hanya tertuju kepada suami, sekali-kali tidak menginginkan yang lain. Begitu pula suami akan selalu tertuju padanya. Bidadarinya adalah puncak dari angan-angan dan nafsunya.  Jika ia melihat kepadanya, maka bidadarinya akan membahagiakan dirinya.  Jika ia minta kepadanya pasti akan dituruti. Apabila ia tidak di tempat, maka ia akan menjaganya. Suaminya senantiasa dalam dirinya, di manapun berada. Suaminya adalah puncak dari angan-angan dan rasa damainya. Di samping itu, bidadari ini tidak pernah dijamah sebelumnya, baik oleh bangsa manusia maupun bangsa jin. Setiap kali suami memandangnya maka rasa senang dan suka cita akan memenuhi rongga dadanya. Setiap kali ia ajak bicara maka keindahan intan mutu manikam akan memenuhi pendengarannya.  Jika ia muncul maka seisi istana dan tiap kamar di dalamnya akan dipenuhi cahaya. Jika anda bertanya tentang usianya, maka mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya dan sedang ranum-ranumnya. Jika anda bertanya tentang keelokan wajahnya, maka apakah anda telah melihat eloknya matahari dan bulan?Jika anda bertanya tentang hitam matanya, maka ia adalah sebaik-baik yang anda saksikan, mata yang putih bersih dengan bulatan hitam bola mata yang begitu pekat menawan. Jika anda bertanya tentang bentuk fisiknya, maka apakah anda pernah melihat ranting pohon yang paling indah yang pernah anda temukan? Jika anda bertanya tentang warna kulitnya, maka cerahnya bagaikan batu rubi dan marjan. Jika anda bertanya tentang elok budinya, maka mereka adalah gadis-gadis yang sangat baik penuh kebajikan, yang menggabungkan antara keindahan wajah dan kesopanan. Maka merekapun dianugerahi kecantikan luar dan dalam. Mereka adalah kebahagiaan jiwa dan penghias mata. 


Jika anda bertanya tentang baiknya pergaulan dan pelayanan mereka, maka tidak ada lagi kelezatan selainnya. 


Mereka adalah gadis-gadis yang sangat dicintai suami karena kebaktian dan pelayanannya yang paripurna, yang hidup seirama dengan suami penuh pesona harmoni dan asmara. 


Apa yang anda katakan apabila seorang gadis tertawa di depan suaminya maka surga yang indah itu menjadi bersinar? 


Apabila ia berpindah dari satu istana ke istana lainnya, anda akan mengatakan: 
“Ini matahari yang berpindah-pindah di antara garis edarnya.” Apabila ia bercanda, kejar mengejar dengan suami, duhai… alangkah indahnya…!!


Maha Suci Allah Yang Telah Memberikan Kehidupan Bagi Setiap Umatnya, LAILAHAILALLAH.