Struggle to get malam Lailatul Qadar.
Tips utk 10 malam terakhir Ramadhan.
1. Jgn biarkan prestasi kita dlm Ramadhan setakat ini mempengaruhi prestasi kita pd 10 mlm terakhir. Keampunan Allah boleh dtg bila-bila. Perlu positif & ikhlas.
2. Baca tafsir surah Al-Qadr utk faham apa sebenarnya berlaku pd mlm Al-Qadr, merasai kehebatannya & lebih lg.
3. Jgn tunggu sehingga mlm ke-27 baru nak bersungguh-sungguh. Target kesemua 10 mlm & berjaga mlm pd semuanya. Jangan terlepas lailatu qadar hanya sebab kebetulan.
4. Ikut sunnah, bukan budaya atau amalan yg tak selari dengan sunnah. Hadis- siapa yg berjaga mlm & bersolat/doa pd mlm Qadr disebabkan keimanan & berharap balasan pahala, dosa-dosanya yg lalu diampunkan.
5. Hafal doa & selalu berdoa Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fuanna.
6. Sediakan senarai doa-apa yg betul-betul kita nak dlm dunia ini, dlm agama kita, keluarga & akhirat. Jgn lupa masukkan saudara2 kita yang sedang menderita di seluruh dunia.
7. Tidur sekejap waktu siang. Jgn makan kenyang sgt & harus tidur terus lepas isya". Lepas tidur sekejap, terus bangun & bersiap utk beribadah.
8. Jgn abaikan isteri & anak. Anak-anak mampu utk berqiam sekejap2, walaupun mngkin tak sepanjang mlm. Jika anak-anak boleh berjaga malam untuk tonton TV atau main game, takkan mereka tak boleh berqiam. Sediakan mereka, buat mereka teruja utk bangun mlm.
9. Pakai pakaian terbaik bila bangun utk qiam pd mlm-mlm ni, pakai wangian & rasai tenaga yg lahir dari keadaan minda/ psikologi yg bersedia ini.
10. Pilih satu tempat dimasjid/ dirumah yg blh bersendiri & rasa tenang. Sediakan quran, sejadah, air disisi agar tak perlu kesana kemari waktu beribadah itu.
11. Tutup semua komputer, whatsapp dll. Putuskan hubungan dgn dunia. Hebatkan hubungan dgn Allah.
12. Jika mengantuk, selang seli antara qiyam, doa, baca Al-Quran. Hanya dgr ceramah / tazkirah dll jika betul-betul mengantuk. Jika tidak, elakkan.
13. Kuncinya ialah kesabaran.
Allahumma ballighna lailatul qadr
Aamiin
No comments:
Post a Comment