expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
as l0ng as i breath...may G0d bless us...

Saturday 12 December 2015

How we met?

Bismillahirrahmanirrahim

ramai yang tanya aku, 
- camne kenal suami?
- camne jumpa suami?
dan macam macam lagi soalan.

ok. Perkenalan kami bermula daripada seorang kakak usrah. Cukup dikenali as KakMa. Masa tu aku dah serahkan urusan jodoh kepada Allah, tak sangka KakMa datang dan bercerita tentang calon dia kpd aku. 

'kakde nak apa kat calon kakde?'
'jaga solat, tak merokok'
'ok dia ni pas'
 
Ehh. mcm tu je. Aku stalk fb dia sebelum terima untuk berkenalan.

Disember 2014,
Si lelaki datang ke tempat belajar ku, untuk mengenal fitrah katanya. Aku ikutkan saja, ditemani tiga rakanku yang lain. Aku tak harap pun akan diterima dan dijadikan isteri. Lagi- lagi ada ayatnya berkata "saya dah ramai calon". Aku senyum je. Sinis. Tapi dia tak nampak lah sebab aku berniqab. Aku rasa tak kisah. Dalam hati aku 'kalau dah ramai calon, kenapa susah susah datang kesini, pilih saja yang ramai tu' Hehe. 

Selepas pertemuan itu, aku balik kampung kerana cuti seminggu. Membiarkan hal tersebut berlalu. Namun, aku try lah merisik-risik kebenaran untuk berkahwin daripada ibu ayah . Alhamdulillah. Bukan kerana apa aku mintak kebenaran tu, kot kot lah ada calon terjun yang mahu meminang aku kala itu, tiadalah ibu ayah ku terkejut beruk. hehe. 

Februari 2015,
Si lelaki mesej, 'mak cakap nak datang raya cina ni' . Aku terkejut. Rasa terlalu cepat. Tapi berbekalkan nasihat ibu ayah dan juga musyawarah dengan doa, aku tekad. yakin walaupun ketika itu ayah ku sakit. Ayah ku tidak dapat hadir ke majlis merisik + meminang + pertunangan aku pada 19 Feb itu. Sedih. Tapi aku faham. Aku tahu, doa ayah mengiringi aku. 

Alhamdulillah. Selesai satu fasa. Untuk pengetahuan semua, kami ikat hidup setahun untuk bernikah. Tapi alhamdulillah rezeki nak nikah tu Allah bagi. Dua bulan selepas bertunang, tunangku dapat kerja yang lebih baik gajinya. Jadi, nak dijadikan cerita, kami pilih untuk bernikah lebih awal. Buat apa tunggu lama lama kan? 

November 2015
Aku cuti seminggu. Menyiapkan segala persediaan untuk majlis kami pada hujung minggu itu. Pada 14 Nov aku sah jadi isterinya dengan sekali lafaz. Ayah dan kakakku hadir. Seriusly happy sangat. Majlis kami simple. Kehendak kami. Tapi kami happy. puas hati. Nanti aku cerita pasal Majlis Walimah kami.

and, thats it ! thats how we met, engaged and now, married . 

 #mirafaiztilljannah

Doakan kami.

Tuesday 19 May 2015

Unexpected Engagement Day , Felda Chini 5 , 19 Feb 2015

assalamualaikum :)

heee. dah basi dah cerita, tapi kite nak tulis jugak. sebab kite ase nak throwback zaman manis tu. hahaa. manis ker?? cetttt

cerita nya macam ni ...

one fine day.. aku dpt mesej dari kakak usrah aku. ada calon katanya ! haa. masa ni aku dah taknak kenal sesapa dah ecely. tapi sebab nak jaga hati, aku try la tgok dulu org nya. Alhamdulillah. mcm ada hati sikit. wahahaha. poyo !

then, sampai satu hari tu bertemu lah kami di UPM terchentaa ini di kafe yg amat padat org nye sampai aku jumpa dgn dia pon kena berdiri. haih. x sweet langsung first sight kami ! . borak-borak dua tiga isu. kami blah. sebab tujuan jumpa pon just nak kenal fitrah. katanyaaa. katanya la , hahaa. 
*aku sedar aku pendek*

lepas tu cuti, aku pun balik lah rumah. tetibe, eh eh eh dia ada nombor aku ! yelah kan, aku contact dia guna FB je, mane ade bg no..pepandaii die curik no aku. tak pelah. aku famous mmg no aku merata kat fb tu. mmg la dia dapat. 
*aku yang bangang* bhahahaha-

dan begitulah seterusnya hari hari ku di rumah ayah. cuti kan. menghadap whatsapp. movie. hangout..

sampailahhhhhhh one day !

- awak, mak nak datang minang raya cina ni.
- what ?? *aku tak caya*

then mesej punye mesej, die bagi sccreenshot nih. soo, mmg serius lah kan. aku diam tak terkata. nak excited ke nak ape ni. hee. sape taknak kan ? :)



aku dengan tak buat pape preparation mulalah nak buat itu ini. hajat hati taknak hantaran bagai terkubur sebab belah dia dah buat. takkan aku taknak bg pape. dengan menggunakan wang ehsan yang ada, selamat lah melabur rm300 utk semua persiapan aku. huu.

imagine lah, 10 hari lagi ! naseblah aku ni jenis tangkap muat je. Alhamdulillah setel. 

paling best buat sirih junjung sendiri. nak tengok? taraaaa 


cantik takk. cantikk takk? hehee. ok abaikan. ni lah hasilnya. daun sirih asli aku buat tu tau. bukan nye daun plastik. on eday baru aku tau yg dia buat guna daun plastik. leh simoan lama kata dia. huwaa. kalau aku tau un aku buat cam tu. tapi belah kampung aku mmg gelak la kat kami kalau kami buat daun tipu. hahak. naseblah. asal dah lepas. 


-19 feb 2015- the day !

seawal jam 5 pagi dia gerak dari BP. awal gilos. deal lepas zohor. 
.dup dap dup dap.

so aku malas nak cerita apa dah. layan gambar je lah yep . hee


5 hantaran dari aku
- buku
- kain pelikat
- buah
-bahulu
- sirih junjung

haha. aku buat sendiri tau ni sume, kalau tgok dedepan mmg plain amat! bese lah. jimat bajet. ikut hati kami taknak pun hantaran ni. tapi demi jaga hati orang tua, kami patuh :)


moment palinggggg debar ! aku gigil tatau nak cakap lah. haha. 
smpaikan adik dia ckp
'akak, gigil gigil, comel je'

haha. naseblah weh. firstime kottt jumpe mak dia. giler tak gigil . hee


tara ! ini lah die, takleh lah tunjuk gambar dekat. ensem amat, nanti korang cuci mata. hahah. ok main jee. 
gambar ni pon sebab kena suruh dgn diorang, kalau tak, aku taknak pon snap dgn dia. wek !

hantaran dia kat aku 
- kitab sirah nabi
- coklat
- buah
- telekung
- kain pasang
- sirih junjung
- cincin




mak aku, adik dia, sedara dia, sedara dia, mak sedara dia, aku, mak dia, mak sedara dia.

ALHAMDULILLAH , selesai sudah majlis kami. koboi sangat. haha. takpe, asal jadi. 

aku kenal dia tak lama, in sha Allah, dia jodoh aku. 
in future, who knows ? Allah is the best planner ever. 

:)

p/s : pape pun kita buat, jgn belakangkan family, jgn belakangkan Allah .

Lokasi : Felda Chini 5, my mom's house.


Monday 15 December 2014

HADIS 10 : TIDAK DITERIMA KECUALI YANG BAIK


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: 

“Sesungguhnya Allah itu Zat yang Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin apa yang diperintahkan kepada para Rasul. Allah Taala berfirman: “Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.” Allah juga berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.” 

Lalu Rasulullah saw menyebut seorang lelaki yang mengadakan perjalanan begitu jauh sehingga rambutnya kusut dan berdebu. Dia menghulurkan kedua tangannya ke langit (seraya berdoa): 
“wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedang makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dengan barang yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?” 

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Hadis ini diriwayatkan ole Imam Muslim dalam Kitab Zakat (Bab: Ditermanya sedekah dari usaha yang baik dan keharusannya untk menjaganya) nombor 1015.

KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini adalah merupakan landasan dari beberapa kaedah dan pembinaan hukum Islam. Ia menjadi landasan dari perintah memperolehi yang halal dan meninggalkan yang haram, ia memiliki manfaat yang luas dan peranan yang tinggi dalam mewujudkan masyarakat Islam, yang mana di dalamnya seseorang itu mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri dan tidak menyakiti saudaranya sebagaimana dia tidak suka disakiti oleh orang lain. Tidak melanggar batas-batas syariat, sentiasa mencari yang halal yang penuh berkah dan kebaikan dan dia hidup bersama orang lain dalam ketenangan dan ketenteraman. 

INTISARI HADIS 

1. Sedekah dengan sesuatu yang haram itu tidak diterima Allah SWT.
2. Perintah supaya ikhlas dalam beramal.
3. Anjura supaya berinfaq dengan yang halal dan larangan berinfaq dengan yang haram serta diperbolehkannya makan makanan yang baik-baik.
4. Makan makanan yang baik-baik dengan maksud agar sihat dan kuat badannya, sehingga dapat menjalankan ibadah dan mendapatkan pahala.
5. Dalam hadis ini dijelaskan syarat-syarat diperkenankan doa dan perkara-perkara yang menyebabkan tertolaknya doa.
6. Sebab-sebab diterimanya doa adalah makan makanan yang halal dan menjauhi makanan yang haram.
7. Disunatkan mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa.
8. Disyariatkan agar doa itu dilakukan berulang-ulang kali dengan disertai menyebut nama-namaNya
9. Diperbolehkan makan makanan yang baik dalam syariat umat yang terdahulu.

TAFSIR HADIS

Hadis ini menerangkan bahawa Allah SWT Maha Sempurna dan Maha Suci dari segala sifat kekurangan. Maka seseorang hamba itu tidak boleh mendekati Allah SWT dengan sedekah dari barang haram dan syubhat atau makanan yang tidak baik.

Allah membenarkan orang-orang yang beriman memakan makanan yang baik-baik, sebagaimana Dia memperbolehkannya bagi para Rasul. Disertai dengan amalan soleh dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmatnya.

Kemudian nabi saw menjelaskan bahawa Allah SWT menyukai sedekah dengan sesuatu yang baik-baik dan tida menyukai perbuatan kecuali yang baik-baik. Lalu Nabi saw memberikan perumpamaan sebagai peringatan bagi umatnya agar menjauhi perkara-perkara yang haram. 

Baginda berkata: “Seseorang yang melakukan perjalanan yang jauh, mengikuti jalan Allah SWT seperti menunaikan haji, berjihad dan mencari nafkah dalam keadaan rambutnya yang kusut berubah warnanya kerana jauhnya perjalanannya, lalu dia menadahkan tangannya ke langit seraya berdoa kepada Allah SWT dengan merendahkan diri di hadapanNya. 

Meskipun demikian doanya tidak diperkenankan kerana pekerjaannya tidak halal.” Maka setiap mukmin hendaklah menghindari perkara-perkara yang boleh menyebabkan doanya tidak diperkenankan.

Semoga bermanfaat . Wallahualam 
Prepared by: Cik Muda

Saturday 13 December 2014

HADIS 9 MENGAMBIL YANG MUDAH DAN MENINGGALKAN YANG SUSAH


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdur Rahman bin Shakhr ra, dia berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: 

“Apa yang aku larang ke atas kalian, maka kalian tinggalkanlah dan apa yang aku perintahkan kepada kalian maka kalian laksanakanlah sesuai dengan kemampuan kalian. Kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kalian ditimpa kecelakaan disebabkan banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap para Nabi mereka.” 

(HADIS RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM)

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam Kitab Al-I’tisham bil-Kitab was-Sunnah (Bab: Meneladani sunnah Rasulullah saw ) nombor 6777. Dalam Kitab Sahih Muslim terdapat dalam kitab Al-Fadha’il (Bab: Mengagungkan Rasulullah saw, tidak banyak memperbanyak bertanya tentang hal-hal yang tidak penting), nombor 1337.

KEDUDUKAN HADIS

Para ulama menyebutkan bahawa hadis ini memiliki kedudukan dan faedah yang sangat tinggi sehingga hadis ini sangat penting untuk dihafal dan dibahas. 
Imam An-Nawawi berkata dalam Syarah Muslim ketika membahas berkenaan hadis ini: “Hadis ini adalah merupakan kaedah-kaedah Islam yang penting, bukti kemampuan Rasulullah saw, untuk mengungkapkan maksud dengan ringkas tetapi padat, yang merangkumi di dalamnya berbagai hukum yang tidak terhitung.”

Ibnu Hajar Al-Haitami berkata dalam Syarah Arba‘in: “ Ini merupakan hadis yang tinggi nilainya berkenaan dengan kaedah-kaedah dan rukun Islam, maka seeloknya hadis ini dihafal dan diambil perhatian terhadapnya.” 

Di samping kedua-dua pernyataan yang dikemukakan di atas, masih terdapat banyak lagi pernyataan para pensyarah hadis lain yang menunjukkan betapa pentingnya kedudukan hadis ini. Kepentingan kedudukan hadis ini adalah kerana ia memberi arahan supaya memberikan komitmen dengan syariat Allah Azza wa Jalla yang berkaitan antara perintah dan larangan, peringatan agar tidak melampui batas-batas yang telah ditetapkan dalam Kitabullah dan apa yang diterangkan oleh RasulNya tanpa berlebihan dan mengambil mudah, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Keutamaan hadis ini akan kelihatan setelah perbahasan berikut ini akan terungkap makna dan tujuannya, serta akan jelas kebenaran perkataan para ulama yang membahaskan.

SEBAB MUNCULNYA HADIS INI

Sebab munculnya hadis ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya dari Abu Hurairah ra, dia berkata: “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami:
“Wahai manusia! Allah telah mewajibkan haji, maka tunaikanlah haji. “Maka seorang lelaki bertanya: “Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw terdiam sehingga lelaki itu mengulangi pertanyaan sebanyak tiga kali, maka Rasulullah saw berkata: “Kalaulah saya mengatakan “ya”, maka haji itu pasti diwajibkan setiap tahun dan kalian pasti tidak mampu.” Kemudian Baginda meneruskan: “Tinggalkanlah apa yang saya tinggalkan bagi kamu sekalian. Sesungguhnya kebinasaan orang-orang sebelum kalian adalah kerana terlalu banyak bertanya dan ingkar dengan perintah Nabi mereka. Jika saya perintahkan kalian dengan sesuatu maka kerjakanlah semampunya dan apabila saya melarang kalian dari sesuatu maka tinggalkanlah.” Kitab Al –Haj (Bab: kewajipan haji sekali dalam seumur hidup) nombr 1337.

Terdapat keterangan bahawa yang bertanya adalah Al-Aqra’ bin Habis ra. Ibnu majah meriwayatkan di dalam kitab Sunannya, dari Ibnu Abbas ra: “Sesungguhnya Al-Aqra bin Habis bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah saw, haji setiap tahun atau sekali dalam seumur hidup?” Rasulullah menjawab, “Sekali dalam seumur hidup. Barangsiapa yang mampu maka kerjakanlah yang sunnah.” Kitab Al-Haj (bab: Fardhu Haji) nombor 2886.

Dalam riwayat Abu Daud: “Barangsiapa yang menambah, maka dia adalah sunnah”, (nombor 1721). Dalam Kitab Al-mustadrak: “Barangsiapa yang berkehendak, maka dia mengerjakan ibadah sunnah.” (Awal kitab Manasik).
Dikatakan bahawa peristiwa ini terjadi pada Haji Wada’ ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah menjelaskan kepada manusia tentang agama Islam dan mengajarkan tentang ibadah-ibadah yang fardhu dalam Islam. 

INTISARI HADIS 

1. Perintah supaya taat kepada suruhan dan larangan.
2. Larangan lebih keras daripada suruhan, kerana larangan tidak mengenal erti keringanan untuk sekadar kemampuan.
3. Orang yang tidak mampu mengerjakan sesuatu kewajipan atau sebagainya, jatuhlah kewajipan itu, sama ada sebahagian atau seluruhnya. Allah SWT tidak membebani jiwa kecuali sesuai dengan kemampuan.
4. Larangan daripada banyak permasalahan yang dapat memberatkan dan membebani diri serta menimbulkan fitnah keragu-raguan dan kelalaian atau ketidakmampuan melaksanakannya. Adapun bertanyakan sesuatu urusan Al-Din atau dunia yang terjadi di antara manusia adalah diharuskan.
5. Peringatan bagi umat islam agar tidak bertentangan dengan suruhan Nabi saw (Jawami’ul-kalim adalah perkataan-perkataan Nabi saw yang pendek-pendek tetapi mengandungi muatan ajaran yang luas dan dalam) sebagaimana yang telah terjadi pada umat-umat sebelum mereka agar tidak binasa terhadap mereka yang telah binasa.

TAFSIR HADIS

Hadis ini merupakan salah satu dasar agama dan termasuk jawami’ul kalim (maksudnya, menambah atau mengurangi apa yang telah disunnahkan oleh Nabi saw seperti mengada-adakan yang tidak ada tuntutannya dalam Islam). Rasullulah saw memberi petunjuk kepada kita bahawa apabila Baginda melarang sesuatu, kita harus meninggalkannya secara mutlak tanpa ada pengecualian. Apabila baginda menyuruh sesuatu, hendaklah kita melaksanakannya menurut kemampuan kita dan baginda tidak bermaksud memberati atau membebani kita, ini adalah di antara kemudahan Ad dinul Islam. 

Memang Allah SWT tidak membebani jiwa kecuali yang sesuai dengan kesanggupannya. 
Kemudian Nabi saw, memberikan isyarat sebagai pelajaran bagi kita agar tidak menjadi seperti sebahagian umat di masa lampau yang telah bertentangan dengan suruhan Nabi mereka dan banyak bertanyakan perkara-perkara yang dapat memberatkan mereka. Maka Allah SWT menimpakan kebinasaan kepada mereka. 

Oleh kerana itu janganlah kita sebagai umat Islam menjadi seperti mereka, sebab nanti kita akan ditimpa kebinasaan seperti mereka 
Allah SW berfirman maksudnya:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (AdDin) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.....” 
(Surah Ali Imran:103)

Semoga bermanfaat. Wallahualam.. 

Prepared by: Cik Muda

Syarah Hadis Jibril ( Bab Mukadimah)



Kita mulakan dgn menyebut hadisnya yg berbunyi :
Maksudnya :

Drpd Saiyiduna Umar r.a beliau berkata: ketika kami sdg duduk disisi Rasulullah s.a.w pd suatu hari, mncul sorg lelaki yg mengenakan baju yg sgt putih dan berambut sgt hitam,tidak nmpak pdnya bekas2 pjalanan jauh dan tidak ad seorg pun di kalangan kami yg mengenalinya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi dan meletakkan kedua lututnya kepada lutut Baginda dan meletakkan kedua tgnnya dibatas pehanya(iaitu duduk penuh adab).

Lalu beliau berkata:
Wahai Muhammad,beritahukan aku ttg Islam?

Maka bersabda Rasulullah SAW: Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji bagi yg berkemampuan.

Kemudian dia berkata: Benarlah engkau.

Kami kehairanan kerana dia yg bertanya dan dia juga yg membenarkan.

Kemudian dia bertanya lagi:
Khabarkan aku ttg Iman.

Lalu Baginda bersabda: Bahawa engkau beriman kpd Allah,malaikat2 Nya, kitab2 Nya, rasul2 Nya dan hari akhirat serta engkau beriman kpd takdir (ketentuan) yg baik dan yang buruk.

Kemudian dia berkata: Engkau benar. Ceritakan kpdku ttg Ehsan.

Lalu Baginda bersabda: Ehsan itu adalah engkau beribadah kpd Allah seakan akan engkau melihat Nya dan jika engkau tidak melihat Nya maka sesungguhnya Dia Maha Melihat engkau.

Kemudian dia berkata: Beritahukan aku ttg hari Kiamat (bila akan berlaku)?

Baginda bersabda: Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.

Dia berkata: Kalau begitu ceritakan kpd aku tanda2 nya.

Baginda pun bersabda: Bahawa seorang hamba akan melahirkan tuannya,dan kamu akan melihat seorang yg bertelanjang(iaitu tidak mempunyai pakaian yg cukup) berkaki ayam, (hanya mengambil upah) menggembala kambing, (kemudian) mereka berlumba lumba membina bangunan tinggi.

Setelah itu, pemuda tersebut berlalu dan aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Tahukah engkau siapa yg bertanya itu?

Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Baginda bersabda: Dia adalah Jibril yg dtg kpd kalian (bertujuan) mengajarkan kalian ttg agama kalian.

(Riwayat Muslim)

 Ketahuilah bahawa hadis ini sebagaimana ia meliputi 3 rukun dlm agama iaitu : Islam, Iman dan Ehsan. Maka ia turut mencakupi tiga cabang ilmu:

1. Ilmu Feqah, iaitu ilmu berkenaan hukum hakam syara' secara praktikal yg difardhukan oleh Allah SWT utk dilaksanakan oleh setiap kaum muslimin dan muslimat.

2. Ilmu tauhid, iaitu perkara yg wajib menjadi pegangan akidah setiap mukallaf drpd perkara2 Ilahiyyat(keTuhanan), Nubuwwat(kenabian), dan Sam'iyyat(perkara2 ghaib yg tidak ketahui melainkan apa yg dikhabarkan oleh Allah dan Rasul)

3. Ilmu tasawuf iaitu, ilmu berkaitan akhlak hati yg mana wajib ke atas setiap hamba utk memperhiaskan diri dgn nya drpd perkara2 yg menyelamatkan nya drpd api neraka dan menyucikan hati dgn nya drpd perkara yg membinasakan.

Maka ketiga tiga ilmu ini wajib bg setiap mukallaf mencari dan mempelajarinya, serta tiada rukhsah(keringanan atau alasan) utk meninggalkannya.

Sabda Baginda SAW: Tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib utk ke atas setiap muslim.
( Riwayat 'Abdul Barr )

 Majlis Taalim Darul Murtadza
 Habib Ali Zainal Abidin


Written by Haura Jannah <3

Sunday 14 September 2014

HADIS 8 : KEHORMATAN SEORANG MUSLIM

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: 

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mahu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah dan mereka mendirikan solat dan mereka menunaikan zakat. Apabila mereka telah melakukan itu, maka bererti mereka telah melindungi darah dan hartanyadariku melainkan dengan haq Islam dan hisab mereka di sisi Allah Taala.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab Iman (bab: Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat) nombor 25. Dalam kitab Shahhih Musim terdapat pada kitab Iman (bab: Perintah memerangi manusia sampai mereka mengatakan La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah, nombor 22. Sedang kalimah Illa bi Haqqil-Islam (melainkan dengan haq Islam) hanya terdapat dalam kitab Shahih Al Bukhari dan tidak ada di dalam kitab Shahih Muslim.

KEDUDUKAN HADIS 

Hadis ini ternyata tinggi sekali nilainya kerana ianya mencakupi berbagai kepentingan dari kaedah-kaedah agama Islam, iaitu syahadah yang disertai dengan keyakinan yang kukuh bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat sesuai dengan diperintahkan dan mengeluarkan zakat kepada yang berhak menerimanya

INTISARI HADIS 

1. Syarat keIslaman seseorang adalah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.
2. Tidak dilarang memerangi orang-orang musyrik kecuali apabila mereka mengucapkan dua kalimah syahadah itu. 
3. Dibenarkan memerangi orang-orang yang meninggalkan solat dan zakat.
4. keIslaman seseorang melindungi darah dan harta mereka.
5. Hukum hakam itu berlaku dalam urusan-urusan lahir, manakala dalam urusan-urusan batin, hukumnya berada di tangan Allah swt sendiri.
6. Orang telah mengucapkan dua kalimah syahadah, menegakkan solat dan mengeluarkan zakat, maka baginya berlaku hukum hakam Islam seperti qisas, hudud dan lain lain.
7. Tidak dibenarkan mengkafirkan ahli bid’ah yang masih tetap mengakui keEsaan Allah dan mengikuti syariat Islam.

TAFSIR HADIS

Hadis ini menerangkan bahawa Allah SWT menyuruh kita memerangi orang-orang kafir sehingga mereka mahu mengakui bahawa tiada Tuhan yang wajib dan berhak disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah SWT dan mengakui bahawa Muhammad saw adalah utusan Allah SWT serta mendirikan solat lima waktu sehari semalam dan mengeluarkan zakat sebagai tanda pengakuan keIslamannya.

Apabila mereka telah melaksanakan kesemuanya itu dan mentaati kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT , maka jiwa dan harta benda mereka dilindungi. Selain daripada itu, berlaku ke atas mereka hukum Islam seperti Qisas, hudu dan lain-lain. Apabila mereka melaksanakan kesemuanya itu dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT , maka mereka itu dinilai sebagai orang-orang mukmin. Tetapi apabila mereka melaksanakan semua itu dengan berpura-pura dan takut kehilangan jiwa dan harta bendanya, maka itu dinilai sebagai orang-orang munafiq (hipokrit). 

Dan Allah SWT Maha Mengetahui segala isi hati mereka dan Dia sendirilah yang akan menghitungnya. Dia maha Mengetahui  segala rahsia yang tersembunyi.

Prepared by: Cik Muda

Saturday 13 September 2014

Apa Hukum Niqab? Purdah?

Niqab(Purdah) ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka….
Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.
1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.
2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.
3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.
4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?

Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.
Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.
Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.
Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).
Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.
Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:
عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.
Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.
KESIMPULAN
Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.
Wallahu a’lam
Rujukan:
Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134
Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610
Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin dan Tafsir,
Universiti Al-Azhar.