expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
as l0ng as i breath...may G0d bless us...

Monday, 11 August 2014

SOLAT QADA'


"Hutang Allah itu leboh perlu ditunaikan (diganti)."
(Riwayat Al-Bukhari no. 1817)


1. Meninggalkan solat = Hutang? 

Sesiapa yg berhutang, wajib melunaskan kembali hutang-hutangnya. Begitu juga dgn solat. Jika seseorang meninggalkan solat fardu misalnya solat zuhur, dia wajib menggantikan kembali solat itu. Mengapa? Hal ini kerana solat adalah ibadah tunai.

Meninggalkan solat diibaratkan seperti berhutang dgn Allah SWT. Oleh itu, kita perlu segera membayar hutang-hutang dgn menunaikan solat qada. Qada bermaksud menunaikan sesuatu ibadat bukan pada waktu yg sepatutnya. Dalil pensyariatan solat qada ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yg diceritakan oleh Abdullah
Ibnu Mas'ud r.a.:

* Abdullah Ibnu Mas'ud r.a menceritakan, "Ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenamnya matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat zuhur, kemudian asar dan maghrib serta isyak."
(Riwayat at-Tirmizi no.164)


2. Hukum Mengqada Solat

Seperti yg telah dikatakan di atas, solat yg kita tinggalkan adalah seperti satu hutang, iaitu hutnag kita dengan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
فدين الله أحق أن يقضى.
Ertinya: " Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)."
(Riwayat al-Bukhari no. 1817)

Maksudnya di sini, kita wajib menggantikan semua solat fardu yg kita pernah tinggalkan. Bukan sahaja solat, bahkan ibadah-ibadah tunai lain juga kita wajib ganti sekiranya kita meninggalkannya.


3. Kewajipan Menggantikan Solat

Solat merupakan rukun Islam yg kedua, iaitu selepas mengucapdua kalimah syahadah. Hal ini bermaksud solat wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yg mukalaf dan jika seseorang itu meninggalkan solat, dia wajib menggantikan semula solatnya yg ditinggalkan. 


4. Keadaan Yang Tidak Menggugurkan Kewajipan Menggantikan Solat

♡ Pitam
♡ Pengsan
♡ Lalai
♡ Tertidur
♡ Solat menghormati waktu
♡ Orang yang murtad dan kembali kepada Islam


5. Keadaan Yang Menggugurkan Kewajipan Menggantikan Solat


♡ Wanita yang sedang haid / nifas / wiladah
♡ Kafir
♡ Golongan tidak siuman (gila)
♡ Pesakit yang sedar daripada koma
♡ Golongan kanak-kanak


6. Bersegera Menggantikan Solat

♡Berdasarkan pendapat ulama mazhab Syafi'i, seseorang yg tidak tahu berapa jumlah solat yg pernah ditinggalkannya hendaklah menggantikan solat-solat itu sehingga dia yakin semuanya selesai.

♡ Bagi alasan tiada masa pula, tiada halangan untuk menggantikan solat pada bila-bila masa walaupun oada waktu makruh solat. Hal ini kerana ulama mazhab Syafi'i menyatakan bahawa hukum menggantikan solat pada waktu yg dimakruhkan adalah harus. Oleh yg demikian, tiada alasan bagi seseorang itu untuk melambatkan solat qadanya.


7. Cara Menggantikan Solat

♡ Lafaz niat solat qada

- Lafaz niat solat qada subuh
أصلي فرضالصبح رکعتين قضاءا لله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardu subuh, dua rakaat, qada kerana Allah Taala."

-Lafaz niat solat qada zuhur
أصلي فرض الظهر أربع رکعات قضاءالله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardhu zuhur, empat rakaat, qada kerana Allah Taala."

-Lafaz niat solat qada asar
أصلي فرض العصر أربع رکعات قضاءالله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardu asar, empat rakaat, qada kerana Allah Taala."


-Lafaz niat solat qada maghrib
أصلي فرضالمغرب ثلاث رکعت قضاءا لله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardu maghrib, tiga rakaat, qada kerana Allah Taala."

-Lafaz niat solat qada isyak
أصلي فرض العشاء أربع رکعت قضاءا لله تعلى
Ertinya: "Sahaja aku solat fardu isyak, empat rakaat, qada kerana Allah Taala."


8. Menggantikan Solat Mengikut Turutan

Bagi mazhab Syafi'i, seseorang yg ingin menggantikan solatnya tidak wajib mengikut susunan. Mengikut susunan di sini bermaksud seseorang itu perlu menggantikan solatnya yg tertinggal dahulu sebelum menunaikan solat tunai. Imam Syafi'i tidak mewajibkan menggantikan solat mengikut susunan, sunat sahaja.

Oleh itu, terpulanglah kepada orang itu sama ada dia ingin menggantikan solatnya sebelum atau selepas melakukan solat tunai.

Walau bagaimanapun, mazhab yg lain, iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali mewajibkan solat qada yg dilakukan mengikut susunan iaitu wajib ke atas seseorang itu menggantikan solat yg tertinggal dahulu sebelum melakukan solat tunai. Jika seseorang itu menggantikan solat tidak mengikut tertib, maka solatnya dianggap batal. 

Tetapi, hukum ini gugur berdasarkan tiga perkara berikut:-

-Waktu sempit
Waktu sempit di sini bermaksud waktu solat yg ada tidak cukup utk menggantikan semua solat yg tertinggalkan selepas solat tunai dilaksanakn.

-Jumlah solat yang ditanggalkan.
Jika seseorang itu meninggalkan solat melebihi lima waktu dan berulang-ulang, maka dia harus menggantikan semua solat itu selepas melaksanakan solat tunai.

-Teringat ketika sedang menunaikan solat tunai.
Maksudnya di sini ialah seseorang itu teringat yg dia ada tertinggal solat ketika sedang menunaikan solat tunai. Jika keadaan ini berlaku, solat tunainya adalah sah dan dia boleh menggantikan solatnya yg tertinggal selepas itu.

💖 Kesimpulannya, tiada alasan bagi seseorang ituvuntuk tidak mengganti solat-solat yg ditinggalkannya. Solat-solat ini ialah hutang kita dengan Allah SWT. Jika di dunia ini kita wajib melangsaikan hutang-hutang kita, apatah lagi dengan Allah SWT iaitu Pencipta kita.

No comments: