expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
as l0ng as i breath...may G0d bless us...

Monday 15 December 2014

HADIS 10 : TIDAK DITERIMA KECUALI YANG BAIK


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: 

“Sesungguhnya Allah itu Zat yang Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin apa yang diperintahkan kepada para Rasul. Allah Taala berfirman: “Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.” Allah juga berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.” 

Lalu Rasulullah saw menyebut seorang lelaki yang mengadakan perjalanan begitu jauh sehingga rambutnya kusut dan berdebu. Dia menghulurkan kedua tangannya ke langit (seraya berdoa): 
“wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedang makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dengan barang yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?” 

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Hadis ini diriwayatkan ole Imam Muslim dalam Kitab Zakat (Bab: Ditermanya sedekah dari usaha yang baik dan keharusannya untk menjaganya) nombor 1015.

KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini adalah merupakan landasan dari beberapa kaedah dan pembinaan hukum Islam. Ia menjadi landasan dari perintah memperolehi yang halal dan meninggalkan yang haram, ia memiliki manfaat yang luas dan peranan yang tinggi dalam mewujudkan masyarakat Islam, yang mana di dalamnya seseorang itu mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri dan tidak menyakiti saudaranya sebagaimana dia tidak suka disakiti oleh orang lain. Tidak melanggar batas-batas syariat, sentiasa mencari yang halal yang penuh berkah dan kebaikan dan dia hidup bersama orang lain dalam ketenangan dan ketenteraman. 

INTISARI HADIS 

1. Sedekah dengan sesuatu yang haram itu tidak diterima Allah SWT.
2. Perintah supaya ikhlas dalam beramal.
3. Anjura supaya berinfaq dengan yang halal dan larangan berinfaq dengan yang haram serta diperbolehkannya makan makanan yang baik-baik.
4. Makan makanan yang baik-baik dengan maksud agar sihat dan kuat badannya, sehingga dapat menjalankan ibadah dan mendapatkan pahala.
5. Dalam hadis ini dijelaskan syarat-syarat diperkenankan doa dan perkara-perkara yang menyebabkan tertolaknya doa.
6. Sebab-sebab diterimanya doa adalah makan makanan yang halal dan menjauhi makanan yang haram.
7. Disunatkan mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa.
8. Disyariatkan agar doa itu dilakukan berulang-ulang kali dengan disertai menyebut nama-namaNya
9. Diperbolehkan makan makanan yang baik dalam syariat umat yang terdahulu.

TAFSIR HADIS

Hadis ini menerangkan bahawa Allah SWT Maha Sempurna dan Maha Suci dari segala sifat kekurangan. Maka seseorang hamba itu tidak boleh mendekati Allah SWT dengan sedekah dari barang haram dan syubhat atau makanan yang tidak baik.

Allah membenarkan orang-orang yang beriman memakan makanan yang baik-baik, sebagaimana Dia memperbolehkannya bagi para Rasul. Disertai dengan amalan soleh dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmatnya.

Kemudian nabi saw menjelaskan bahawa Allah SWT menyukai sedekah dengan sesuatu yang baik-baik dan tida menyukai perbuatan kecuali yang baik-baik. Lalu Nabi saw memberikan perumpamaan sebagai peringatan bagi umatnya agar menjauhi perkara-perkara yang haram. 

Baginda berkata: “Seseorang yang melakukan perjalanan yang jauh, mengikuti jalan Allah SWT seperti menunaikan haji, berjihad dan mencari nafkah dalam keadaan rambutnya yang kusut berubah warnanya kerana jauhnya perjalanannya, lalu dia menadahkan tangannya ke langit seraya berdoa kepada Allah SWT dengan merendahkan diri di hadapanNya. 

Meskipun demikian doanya tidak diperkenankan kerana pekerjaannya tidak halal.” Maka setiap mukmin hendaklah menghindari perkara-perkara yang boleh menyebabkan doanya tidak diperkenankan.

Semoga bermanfaat . Wallahualam 
Prepared by: Cik Muda

Saturday 13 December 2014

HADIS 9 MENGAMBIL YANG MUDAH DAN MENINGGALKAN YANG SUSAH


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdur Rahman bin Shakhr ra, dia berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: 

“Apa yang aku larang ke atas kalian, maka kalian tinggalkanlah dan apa yang aku perintahkan kepada kalian maka kalian laksanakanlah sesuai dengan kemampuan kalian. Kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kalian ditimpa kecelakaan disebabkan banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap para Nabi mereka.” 

(HADIS RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM)

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam Kitab Al-I’tisham bil-Kitab was-Sunnah (Bab: Meneladani sunnah Rasulullah saw ) nombor 6777. Dalam Kitab Sahih Muslim terdapat dalam kitab Al-Fadha’il (Bab: Mengagungkan Rasulullah saw, tidak banyak memperbanyak bertanya tentang hal-hal yang tidak penting), nombor 1337.

KEDUDUKAN HADIS

Para ulama menyebutkan bahawa hadis ini memiliki kedudukan dan faedah yang sangat tinggi sehingga hadis ini sangat penting untuk dihafal dan dibahas. 
Imam An-Nawawi berkata dalam Syarah Muslim ketika membahas berkenaan hadis ini: “Hadis ini adalah merupakan kaedah-kaedah Islam yang penting, bukti kemampuan Rasulullah saw, untuk mengungkapkan maksud dengan ringkas tetapi padat, yang merangkumi di dalamnya berbagai hukum yang tidak terhitung.”

Ibnu Hajar Al-Haitami berkata dalam Syarah Arba‘in: “ Ini merupakan hadis yang tinggi nilainya berkenaan dengan kaedah-kaedah dan rukun Islam, maka seeloknya hadis ini dihafal dan diambil perhatian terhadapnya.” 

Di samping kedua-dua pernyataan yang dikemukakan di atas, masih terdapat banyak lagi pernyataan para pensyarah hadis lain yang menunjukkan betapa pentingnya kedudukan hadis ini. Kepentingan kedudukan hadis ini adalah kerana ia memberi arahan supaya memberikan komitmen dengan syariat Allah Azza wa Jalla yang berkaitan antara perintah dan larangan, peringatan agar tidak melampui batas-batas yang telah ditetapkan dalam Kitabullah dan apa yang diterangkan oleh RasulNya tanpa berlebihan dan mengambil mudah, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Keutamaan hadis ini akan kelihatan setelah perbahasan berikut ini akan terungkap makna dan tujuannya, serta akan jelas kebenaran perkataan para ulama yang membahaskan.

SEBAB MUNCULNYA HADIS INI

Sebab munculnya hadis ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya dari Abu Hurairah ra, dia berkata: “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami:
“Wahai manusia! Allah telah mewajibkan haji, maka tunaikanlah haji. “Maka seorang lelaki bertanya: “Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw terdiam sehingga lelaki itu mengulangi pertanyaan sebanyak tiga kali, maka Rasulullah saw berkata: “Kalaulah saya mengatakan “ya”, maka haji itu pasti diwajibkan setiap tahun dan kalian pasti tidak mampu.” Kemudian Baginda meneruskan: “Tinggalkanlah apa yang saya tinggalkan bagi kamu sekalian. Sesungguhnya kebinasaan orang-orang sebelum kalian adalah kerana terlalu banyak bertanya dan ingkar dengan perintah Nabi mereka. Jika saya perintahkan kalian dengan sesuatu maka kerjakanlah semampunya dan apabila saya melarang kalian dari sesuatu maka tinggalkanlah.” Kitab Al –Haj (Bab: kewajipan haji sekali dalam seumur hidup) nombr 1337.

Terdapat keterangan bahawa yang bertanya adalah Al-Aqra’ bin Habis ra. Ibnu majah meriwayatkan di dalam kitab Sunannya, dari Ibnu Abbas ra: “Sesungguhnya Al-Aqra bin Habis bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah saw, haji setiap tahun atau sekali dalam seumur hidup?” Rasulullah menjawab, “Sekali dalam seumur hidup. Barangsiapa yang mampu maka kerjakanlah yang sunnah.” Kitab Al-Haj (bab: Fardhu Haji) nombor 2886.

Dalam riwayat Abu Daud: “Barangsiapa yang menambah, maka dia adalah sunnah”, (nombor 1721). Dalam Kitab Al-mustadrak: “Barangsiapa yang berkehendak, maka dia mengerjakan ibadah sunnah.” (Awal kitab Manasik).
Dikatakan bahawa peristiwa ini terjadi pada Haji Wada’ ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah menjelaskan kepada manusia tentang agama Islam dan mengajarkan tentang ibadah-ibadah yang fardhu dalam Islam. 

INTISARI HADIS 

1. Perintah supaya taat kepada suruhan dan larangan.
2. Larangan lebih keras daripada suruhan, kerana larangan tidak mengenal erti keringanan untuk sekadar kemampuan.
3. Orang yang tidak mampu mengerjakan sesuatu kewajipan atau sebagainya, jatuhlah kewajipan itu, sama ada sebahagian atau seluruhnya. Allah SWT tidak membebani jiwa kecuali sesuai dengan kemampuan.
4. Larangan daripada banyak permasalahan yang dapat memberatkan dan membebani diri serta menimbulkan fitnah keragu-raguan dan kelalaian atau ketidakmampuan melaksanakannya. Adapun bertanyakan sesuatu urusan Al-Din atau dunia yang terjadi di antara manusia adalah diharuskan.
5. Peringatan bagi umat islam agar tidak bertentangan dengan suruhan Nabi saw (Jawami’ul-kalim adalah perkataan-perkataan Nabi saw yang pendek-pendek tetapi mengandungi muatan ajaran yang luas dan dalam) sebagaimana yang telah terjadi pada umat-umat sebelum mereka agar tidak binasa terhadap mereka yang telah binasa.

TAFSIR HADIS

Hadis ini merupakan salah satu dasar agama dan termasuk jawami’ul kalim (maksudnya, menambah atau mengurangi apa yang telah disunnahkan oleh Nabi saw seperti mengada-adakan yang tidak ada tuntutannya dalam Islam). Rasullulah saw memberi petunjuk kepada kita bahawa apabila Baginda melarang sesuatu, kita harus meninggalkannya secara mutlak tanpa ada pengecualian. Apabila baginda menyuruh sesuatu, hendaklah kita melaksanakannya menurut kemampuan kita dan baginda tidak bermaksud memberati atau membebani kita, ini adalah di antara kemudahan Ad dinul Islam. 

Memang Allah SWT tidak membebani jiwa kecuali yang sesuai dengan kesanggupannya. 
Kemudian Nabi saw, memberikan isyarat sebagai pelajaran bagi kita agar tidak menjadi seperti sebahagian umat di masa lampau yang telah bertentangan dengan suruhan Nabi mereka dan banyak bertanyakan perkara-perkara yang dapat memberatkan mereka. Maka Allah SWT menimpakan kebinasaan kepada mereka. 

Oleh kerana itu janganlah kita sebagai umat Islam menjadi seperti mereka, sebab nanti kita akan ditimpa kebinasaan seperti mereka 
Allah SW berfirman maksudnya:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (AdDin) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.....” 
(Surah Ali Imran:103)

Semoga bermanfaat. Wallahualam.. 

Prepared by: Cik Muda

Syarah Hadis Jibril ( Bab Mukadimah)



Kita mulakan dgn menyebut hadisnya yg berbunyi :
Maksudnya :

Drpd Saiyiduna Umar r.a beliau berkata: ketika kami sdg duduk disisi Rasulullah s.a.w pd suatu hari, mncul sorg lelaki yg mengenakan baju yg sgt putih dan berambut sgt hitam,tidak nmpak pdnya bekas2 pjalanan jauh dan tidak ad seorg pun di kalangan kami yg mengenalinya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi dan meletakkan kedua lututnya kepada lutut Baginda dan meletakkan kedua tgnnya dibatas pehanya(iaitu duduk penuh adab).

Lalu beliau berkata:
Wahai Muhammad,beritahukan aku ttg Islam?

Maka bersabda Rasulullah SAW: Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji bagi yg berkemampuan.

Kemudian dia berkata: Benarlah engkau.

Kami kehairanan kerana dia yg bertanya dan dia juga yg membenarkan.

Kemudian dia bertanya lagi:
Khabarkan aku ttg Iman.

Lalu Baginda bersabda: Bahawa engkau beriman kpd Allah,malaikat2 Nya, kitab2 Nya, rasul2 Nya dan hari akhirat serta engkau beriman kpd takdir (ketentuan) yg baik dan yang buruk.

Kemudian dia berkata: Engkau benar. Ceritakan kpdku ttg Ehsan.

Lalu Baginda bersabda: Ehsan itu adalah engkau beribadah kpd Allah seakan akan engkau melihat Nya dan jika engkau tidak melihat Nya maka sesungguhnya Dia Maha Melihat engkau.

Kemudian dia berkata: Beritahukan aku ttg hari Kiamat (bila akan berlaku)?

Baginda bersabda: Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.

Dia berkata: Kalau begitu ceritakan kpd aku tanda2 nya.

Baginda pun bersabda: Bahawa seorang hamba akan melahirkan tuannya,dan kamu akan melihat seorang yg bertelanjang(iaitu tidak mempunyai pakaian yg cukup) berkaki ayam, (hanya mengambil upah) menggembala kambing, (kemudian) mereka berlumba lumba membina bangunan tinggi.

Setelah itu, pemuda tersebut berlalu dan aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Tahukah engkau siapa yg bertanya itu?

Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Baginda bersabda: Dia adalah Jibril yg dtg kpd kalian (bertujuan) mengajarkan kalian ttg agama kalian.

(Riwayat Muslim)

 Ketahuilah bahawa hadis ini sebagaimana ia meliputi 3 rukun dlm agama iaitu : Islam, Iman dan Ehsan. Maka ia turut mencakupi tiga cabang ilmu:

1. Ilmu Feqah, iaitu ilmu berkenaan hukum hakam syara' secara praktikal yg difardhukan oleh Allah SWT utk dilaksanakan oleh setiap kaum muslimin dan muslimat.

2. Ilmu tauhid, iaitu perkara yg wajib menjadi pegangan akidah setiap mukallaf drpd perkara2 Ilahiyyat(keTuhanan), Nubuwwat(kenabian), dan Sam'iyyat(perkara2 ghaib yg tidak ketahui melainkan apa yg dikhabarkan oleh Allah dan Rasul)

3. Ilmu tasawuf iaitu, ilmu berkaitan akhlak hati yg mana wajib ke atas setiap hamba utk memperhiaskan diri dgn nya drpd perkara2 yg menyelamatkan nya drpd api neraka dan menyucikan hati dgn nya drpd perkara yg membinasakan.

Maka ketiga tiga ilmu ini wajib bg setiap mukallaf mencari dan mempelajarinya, serta tiada rukhsah(keringanan atau alasan) utk meninggalkannya.

Sabda Baginda SAW: Tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib utk ke atas setiap muslim.
( Riwayat 'Abdul Barr )

 Majlis Taalim Darul Murtadza
 Habib Ali Zainal Abidin


Written by Haura Jannah <3

Sunday 14 September 2014

HADIS 8 : KEHORMATAN SEORANG MUSLIM

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: 

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mahu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah dan mereka mendirikan solat dan mereka menunaikan zakat. Apabila mereka telah melakukan itu, maka bererti mereka telah melindungi darah dan hartanyadariku melainkan dengan haq Islam dan hisab mereka di sisi Allah Taala.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab Iman (bab: Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat) nombor 25. Dalam kitab Shahhih Musim terdapat pada kitab Iman (bab: Perintah memerangi manusia sampai mereka mengatakan La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah, nombor 22. Sedang kalimah Illa bi Haqqil-Islam (melainkan dengan haq Islam) hanya terdapat dalam kitab Shahih Al Bukhari dan tidak ada di dalam kitab Shahih Muslim.

KEDUDUKAN HADIS 

Hadis ini ternyata tinggi sekali nilainya kerana ianya mencakupi berbagai kepentingan dari kaedah-kaedah agama Islam, iaitu syahadah yang disertai dengan keyakinan yang kukuh bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat sesuai dengan diperintahkan dan mengeluarkan zakat kepada yang berhak menerimanya

INTISARI HADIS 

1. Syarat keIslaman seseorang adalah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.
2. Tidak dilarang memerangi orang-orang musyrik kecuali apabila mereka mengucapkan dua kalimah syahadah itu. 
3. Dibenarkan memerangi orang-orang yang meninggalkan solat dan zakat.
4. keIslaman seseorang melindungi darah dan harta mereka.
5. Hukum hakam itu berlaku dalam urusan-urusan lahir, manakala dalam urusan-urusan batin, hukumnya berada di tangan Allah swt sendiri.
6. Orang telah mengucapkan dua kalimah syahadah, menegakkan solat dan mengeluarkan zakat, maka baginya berlaku hukum hakam Islam seperti qisas, hudud dan lain lain.
7. Tidak dibenarkan mengkafirkan ahli bid’ah yang masih tetap mengakui keEsaan Allah dan mengikuti syariat Islam.

TAFSIR HADIS

Hadis ini menerangkan bahawa Allah SWT menyuruh kita memerangi orang-orang kafir sehingga mereka mahu mengakui bahawa tiada Tuhan yang wajib dan berhak disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah SWT dan mengakui bahawa Muhammad saw adalah utusan Allah SWT serta mendirikan solat lima waktu sehari semalam dan mengeluarkan zakat sebagai tanda pengakuan keIslamannya.

Apabila mereka telah melaksanakan kesemuanya itu dan mentaati kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT , maka jiwa dan harta benda mereka dilindungi. Selain daripada itu, berlaku ke atas mereka hukum Islam seperti Qisas, hudu dan lain-lain. Apabila mereka melaksanakan kesemuanya itu dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT , maka mereka itu dinilai sebagai orang-orang mukmin. Tetapi apabila mereka melaksanakan semua itu dengan berpura-pura dan takut kehilangan jiwa dan harta bendanya, maka itu dinilai sebagai orang-orang munafiq (hipokrit). 

Dan Allah SWT Maha Mengetahui segala isi hati mereka dan Dia sendirilah yang akan menghitungnya. Dia maha Mengetahui  segala rahsia yang tersembunyi.

Prepared by: Cik Muda

Saturday 13 September 2014

Apa Hukum Niqab? Purdah?

Niqab(Purdah) ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka….
Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.
1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.
2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.
3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.
4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?

Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.
Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.
Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.
Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).
Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.
Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:
عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.
Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.
KESIMPULAN
Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.
Wallahu a’lam
Rujukan:
Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134
Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610
Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin dan Tafsir,
Universiti Al-Azhar.

Hadis 7 : AGAMA ADALAH NASIHAT

AGAMA ADALAH NASIHAT* 

(*nasihat adalah kata untuk mengungkapkan keinginan agar terwujudnya kebaikan pada pihak yang dinasihati. Asal kata nasihat menurut bahasa adalah keikhlasan, seperti nashatul’asal jika saya menyaringkannya dari kotoran-kotoran dan membersihkannya. Dikatakan juga nasaha ar-rajul tsaubahu jika seseorang lelaki menjahit bajunya, maka orang yang menasihati diserupakan dengan orang yang memperbaiki pakaian)

Diriwayatkan dari Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus Ad Dari ra bahawa Nabi saw telah bersabda: “Agama itu nasihat.” Kami bertanya: “Terhadap siapa?” Dia bersabda: “Terhadap Allah, terhadap kitabNya, terhadap RasulNya, terhadap pemimpin kaum Muslimin dan terhadap kaum awam mereka.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Iman (bab: Penjelasan bahawa agama adalah nasihat) nombor 55. Hadis ini hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim sendirian. Imam An Nawawi berkata: “Dalam kitab Shahih Al Bukhari tidak ada riwayat Tamim Ad Dari dari Nabi saw, sedang dalam kitab Shahih Muslim hanya pada bab ini, tidak pada tempat lainnya.”

KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini merupakan hadis yang ringkas dan padat yang merupakan ciri khusus Rasulullah saw dalam berbicara, iaitu kalimah yang ringkas tetapi merangkumi erti yang luas dan faedah yang tinggi sehingga kita melihat bahawa seluruh sunnah dan hukum syariat, baik yang dasar mahupun yang cabang terangkum dalam hadis ini. Bahkan hanya pada satu perkataan yang ada di dalamnya iaitu, “walikatabihi” (terhadap kitabnya). 

Kerana Kitab Allah mencakupi seluruh permasalahan agama, baik yang dasar mahupun yang cabang, amalan yang kukuh mahupun keyakinan. Jika seseorang beriman dan mengamalkan nasihat yang terkandung dalam Kitab Allah itu, maka dia sesungguhnya telah mencakupi seluruh bahagian syariatNya.

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Tidaklah kami alpakan sedikitpun dalam al kitab.” (surah al an’am:38)

Kerana itu terdapat ulama yang berpendapat bahawa hadis ini merupakan sendi agama Islam.

INTISARI HADIS

1. Perintah untuk memberi nasihat. Betapa sangat pentingnya nasihat ini, sehingga islam itu umpama atau dianggap dengan nasihat.
2. Nasihat boleh dinamakan juga sebagai agama Islam.
3. Semasa memberi penerangan, para juru penerang hendaklah memulainya dengan hal-hal yang penting dan umum, kemudian diteruskan dengan penjelasannya secara terperinci, agar dapat diterima oleh para pendengarnya dengan mudah dan dapat memberikan keberkesanan dalam jiwanya.
4. Memberi nasihat bagi sesama Muslim itu adalah wajib walau di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
5. Nasihat bagi para imam atau pimpinan kaum Muslimin adalah menunjukkan keprihatinan orang-orang Islam dan sokongan mereka kepada pemimpin Islam dalam menegakkan kebenaran, ketaatan mereka kepada pimpinan dalam batas-batas syariat Islam, serta keberanian mereka untuk memperingatkan pimpinan Islam, apabila menyeleweng dari batas-batas syariat Islam.

TAFSIR HADIS

Nabi saw memberikan penerangan kepada kita bahawa Ad Din Islam yang hanif (lurus) menyuruh kita agar sentiasa bersedia memberi nasihat dengan ikhlas, beriman kepada keEsaan Allah SWT, beriman kepada sifat-sifat kesempurnaanNya dan mensucikanNya dari segala sifat kekurangan. 

Al Quran adalah firman Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril dan bukan buatan manusia. Kita harus mentaati hukum-hukumnya dan beriman kepada ayat-ayat mutasyabihatnya (ayat-ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat yang masih samar maksudnya dan para ahli tafsir berbeza pendapat dalam mentafsirkannya atau mentakwilkannya). 

Beriman kepada Nabi Muhammad saw dan ajaran-ajaran yang dibawa olehnya, mentaati perintah-perintahnya dan menjauhi larangan-larangannya. 
Nasihat bagi para ulama adalah membantu mereka dalam menegakkan kebenaran dan syariat Islam, mengingatkan mereka apabila mereka lalai dan leka dan mengajak orang-orang Islam kepada kebenaran dan syariat Islam serta menolong mereka dari gangguan orang-orang kafir dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sesama Muslim. 

Selain daripada itu adalah mencintai Muslim sebagaimana mencintai dirinya sendiri.

Prepared by: Cik Muda

Air Wanita ~

Air zat wanita, air mani dan hormon - perlu tahu!

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks.

Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.

Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering.

Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.

Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira.

Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.


Ukhti Ahlam Imtiyaz .

Thursday 28 August 2014

Hadith 6 : Halal dan Haram

Diriwayatkan dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir ra, dia berkata: 

“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: 

“Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya mutasyabihat (perkara-perkara yang samar) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara diri dari segala perkara-perkara syubhat itu, maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama da kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara-perkara yang haram seperti seorang pengembala yang mengembalakan kambingnya di sekitar kawasan terlarang yang nyaris kambingnya itu merumput di dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja mempunyai kawasan larangan! Ingatlah bahawa kawasan larangan Allah adalah apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa di dalam jasad itu terdapat seketul daging; apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Ingatlah bahawa seketul daging itu adalah hati.”

(HADIS RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM)

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab Iman (Bab: Orang yang menjaga kesucian agamanya), nombor 52 juga dalam kitab Perdagangan. Sedang dalam kitab Sahih Muslim terdapat pada kitab Perdagangan (Bab: Mengambil yang halal dan meninggalkan yang syubhat), nombor 1599.

KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini disepakati atas martabatnya yang tinggi dan faedahnya yang banyak. Hadis ini merangkumi keseluruhan ajaran-ajaran Islam. Sekumpulan ulama mengatakan bahawa: “Hadis ini merangkumi sepertiga ajaran Islam.” 
Abu Daud berkata: “Barangsiapa yang mendalaminya, dia akan memperolehi semua kandungan yang disebutkan di atas, kerana hadis ini mencakupi penjelasan tentang halal, haram dan syubhat (meragukan, belum jelas antara halal dan haram, kerana tidak ada dalil yang tegas yang menghalalkan atau mengharamkannya), apa yang boleh memperbaiki hati dan yang akan merosakkannya. 

Semua ini menuntut kepada kita untu mengetahui hukum-hukum syariat, dasar-dasar dan cabang-cabangnya. Hadis ini juga merupakan dasar bagi sikap wara’, iaitu meninggalkan yang syubhat (ssamar).”

INTISARI HADIS 

1. Anjuran supaya mengerjakan perbuatan yang halal dan meninggalkan perbuatan yang haram dan syubhat (merupakan). 
2. Perbuatan yang syubhat itu tidak dilakukan kecuali oleh sebahagian kecil dari masyarakat.
3. Menjaga kesucian dalam urusan dalam urusan Ad Din dan menjaga kesucian kehormatan diri.
4. Orang yang tidak berhati-hati terhadap perkara-perkara yang syubhat dalam kehidupannya, bererti dia telah menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram.
5. Menghindari segala sesuatu yang boleh menjerumuskan kepada perkara yang haram.
6. Anjuran untuk memperbaiki hati kerana sekiranya hati itu baik, maka baiklah perbuatan-perbuatannya. Sebaliknya jika hati itu rosak, maka rosaklah pula perbuatan-perbuatannya. 
7. Akal itu terletak di hati.
8. Berusaha untuk memilih perbuatan yang baik menunjukkan bahawa hatinya baik.

TAFSIR HADIS 

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa setiap perkara yang dihalakan oleh Allah SWT dan RasulNya itu sudah terang dan jelas. Begitulah juga, setiap perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya. Apa yang dikhuatirkan terhadap setiap Muslim adalah perkara-perkara yang masih syubhat, yang samar bagi kebanyakan orang. 

Maka sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas halal atau haramnya, sebenarnya orang itu telah menyempurnakan kesucian agamanya dan terhindar jauh dari kelakua yang haram serta terjaga kehormatannya dari aib dan cela yang mencemarkan dirinya di mata orang akibat melakukan perkara yang syubhat, bererti dia telah menjerumuskan dirinya ke dalam perbuatan yang haram dan celaan orang ramai. 

Kemudian Nabi saw menghimpunkan bahawa mereka yang mengerjakan perbuatan syubhat itu bagaikan pengembala yang mengembala binatang ternakannya berdekatan daerah yang terlarang untuk gembalaan, sehingga besar kemungkinannya binatang ternakannya itu akan memasuki daerah terlarang. 
Lalu Nabi saw memberikan isyarat bahawa segala perbuatan dan kelakuan zahir (kelihatan di luar) itu menunjukkan kebaikan atau keburukan batin yang ada di dalam diri seseorang. 

Baginda berkata, bahawa dalam tubuh seseorang itu terdapat seketul daging yang bernama Qalbu (hati) yang kebaikan atau keburukannya berbanding sama dengan perbuatan da tingkah laku seseorang. Apabila anggota tubuh seseorang itu berada dalam ketaatan menjalan perintah agama Islam atau perbuatan dan tingkah laku terpuji, bererti hatinya itu baik. Tetapi jika anggota tubuh seseorang itu berada dalam kemaksiatan atau perbuatan dan tingkah laku yang tercela, bererti hatinya itu sedang rosak atau buruk.

Wallahualam. Semoga bermanfaat. 

Prepared by: Cik Muda

Tuesday 26 August 2014

Hadith 5 : MELENYAPKAN KEMUNGKARAN DAN MELENYAPKAN BID’AH


Diriwayatkan dari Ummul Mukminin Abdillah, Aisyah ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, 

“Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru dalam urusan agama kita ini yang bukan bahagian darinya maka ia tertolak.”
(HADIS RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM)

Sementara dalam riwayat Imam Muslim lainnya: “Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan, di mana amalan itu bukan merupakan perintahku maka ia tertolak.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab Perdamaian (Bab: Jika minta berdamai dengan perdamaian yang batil, maka tertolak), nombor 2550. Sedang dalam kitab Sahih Muslim terdapat kitab Al Aqdhiyah (Bab: Batalnya hukum yang batil dan tertolaknya perkara yang diada-adakan), nombor 1718.

KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini merupakan salah satu dasar penting dan beberapa dasar-dasar Islam, sebagaimana hadis: “Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya.” Yang merupakan petunjuk jelas untuk menilai amalan dari segi batil, setiap amalan yan ditujukan untuk memperolehi keredhaan Allah, maka pelakunya tidak akan mendapat pahala. Maka hadis ini merupakan pegangan (petunjuk) untuk menilai sesuatu amalan dari segi zahirnya. 

Setiap amalan yang tidak berlandaskan perintah Allah dan RasulNya, maka amalan tersebut tertolak dan sesiapa sahaja yang mengada-adakan sesuatu dalam agamanya yang tidak diizinkan Allah dan RasulNya, maka hal itu bukan sebahagian dari agama.

Imam An Nawawi rh berkata: “Hadis ini wajib dihafal dan dijadikan sebagai dalil untuk mencegah kemungkaran.”
Ibnu Hajar Al Haitami berkata: “Hadis ini merupakan salah satu daripada kaedah Islam yang sangat penting dan sangat luas manfaatnya dari segi maksudnya dan merupakan dalil yang menyeluruh atas setiap hukum syariat yang ditetapkan.”

INTISARI HADIS

1. Anjuran agar itba’ (mengikut sunnah Nabi saw dan mengamalkan segala yang diperintahkan) dan menghindari perbuatan bid’ah.
2. Tidak diterima segala perkara-perkara yang baru dalam urusan Ad Din dan tidak ada perbezaan antara perkara-perkara yang baru yang kita lakukan atau hanya sekadar mengikut orang lain. 
3. Segala sesuatu yang sesuai dengan syarak (syariat Ad Dinul Islam) ataua sesuai dengan kaedah-kaedah umum syarak, ia tidak tertolak.
4. Semua aqad (amalan yang diadakan) yang dilarang itu dan batal, sia-sia.
5. Keputusan hakim tidak dapat mengubah sesuatu hukum yang telah jelas haramnya dan halalnya.

TAFSIR HADIS

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap ibadah atau amalan yang syariatnya bukan dari Allah SWT dan RasulNya atau perkara-perkara yang baru dalam Dinul Islam yang tidak ada dasarnya dari Sunnah Nabi saw atau tidak ada dasarnya dari kaedah-kaedah umum(syarak), adalah tidak diterima dan orang melakukannya berdosa. 

Dan segala mu’amalah baru bertentangan dengan hum syarak, wajib ditolak. Setiap muslim hendaklah berhati-hati dari perbuatan bid’ah dalam agama dan hendaklah berpegang teguh kepada petunjuk Nabi Muhammad saw.

Prepared by: Cik Muda

Monday 25 August 2014

Istiqamah

Istiqamah mmg susah utk sentiasa diteruskn tetapi mesti juga terus mencuba.

Allah akn mmberikn malaikt sebagai teman utk orang-orang yang beriman dan beristiqamah. Terutamanya bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan mmbisikkan di telinga supaya jgn bimbang, kerana orang itu akn mndpt kebahagiaan yg hakiki.Dan jgn bimbang apa yg ditinggalkn di dunia kerana Allah akn menjaganya.

Malaikat akan menjadi teman pada orang-orang yang beriman dn beristiqamah.

Sentiasa akan ada.

Sebab tu para pejuang islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkn syurga yg dijanjikan.

Keyakinan bukan hanya dgn perktaan.Tetapi apa yg kita lakukan dengan amalan.Ingatlah bahawa dunia ini semata mata ujian.Ujian yg amat sedikit.Kurang harta...sakit..semua tu sikit je.

Iman seseorg akn diuji dgn dugaan.ALLAH berfirman:

" adakah kamu fikir mudah utk kamu masuk syurga?"

Macam mana nak tahu malaikat tu ada dgn kita?

Bila jiwa yg suka pd kebaikan yang menepati syariat, orang yg didampingi malaikat akan sangat suka.
Dan juga jiwa yg tak senang dgn perkara bertentangan syariat.Orang yang istiqamah akan ikhlas dgn amalannya dan ibadat nya. 

Contoh buat ibadah hanya utk keperluan dunia.Itu tak ikhlas.Ibadah kena dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia.Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn ibadah.Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.

Apa itu kerana Allah?

Syarat utk ibadah itu diterima
1. Ikhlas   
2. Mengikut syariat

Sbrg amalan kena ikut syariat.
Contoh mkn kena ikhlas.
Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak
Kenapa kita makan?

Kita makan untuk beribadat.Supaya ada daya untuk beribadat.Sebab tuhan jadikan kita untuk beribadah.
Dan makan tadi mestilh dari sumber yang halal,supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas tau tidak.Tujuan kena jelas... datang utk mendengar peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yg kita hajatkn yg sebenarnya.Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah.

Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa Rabb kita.Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam islam dan iman... kena minta hidayah itu tetap and dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sbb itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan

Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali alfatihah dlm solat. Tidak boleh pandang ringan pada dosa.,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa. Dosa-dosa kecil adalah seperti titik hitm pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nk tetap.Sentiasa lah ingat pada Allah.

Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah.Laksanakanlah segala suruhan, tinggalkanlah segals larangan.Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu,akan dimudahkn jalan,tapi ilmu itu kena mesti meningktkn keimanan.Apa pun ilmu,amalan selagi mendektakan diri dgn Allah, mesti tingglkn segala larangan.Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dgn perkara ghaib,dirikan solat dan belanjakn sebahgian rezeki ke jalan Allah.Jadi dalam ayat quran, kena mula-mula iman kena betul.

Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah yang patutnya mendekatkan kita Allah.Dampingilah orang yang beribadah mendektkn diri dgn Allah.Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang "tersalah haluan". Tapi kena tahu kiter ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah menyampaikan.

Sentiasalah beringat.Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan sesekali menjauhi.Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah.Sebab dunia ni jambatan ker akhirat,pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada yang tidak betul ada lah betul,supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yg betul. Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup  dengan iman yg ada,kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah... orang-orang yang kini tak berapa bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita.Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi,dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendakatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

Wallahualam.... yang baik dari Allah... segala kekurangan dari diri saya...
Intipati tazkirah dari ustaz farid ariffin

Tuesday 19 August 2014

apa itu Sunnatullah ?

Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahajadi dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat manusia.

Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunnatullah. Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetapadi dan peraturkan untuk manusia. Yang wajib kenalah manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. 

Rosak dan binasa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah sampai bila-bila.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)

Perlu diingat bahawa sunnatullah itu terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:Manusia menerimanya secara terpaksa
Kedua: Manusia menerima secara sukarela

Firman Allah:Maksudnya: “Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa.” (Ar Ra’d: 15)1. 

1.Secara terpaksa(karhan)
Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanya secara terpaksa (karhan). Di antaranya seperti:
– Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan dengan udara bukan dengan air dan lain-lain.
– Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lainlainnya.
– Makan dan minum melalui mulut bukan melalui dubur dan lain-lain jalan.
– Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan dan lain-lain.
– Kalau mahu rehat dan untuk memulihkan kesegaran kenalah tidur dan rehat, bukan melalui bermain atau panjat pokok dan lain-lain.Begitulah keadaannya. 

Banyak contoh-contoh lain lagi yang tidak perlu disebutkan di sini. Kiaskan sahaja.

2. Secara sukarela (tau’an)
Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat peraturan sebagai sunnatullah yang tidak akan diubahi seperti:
– Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan air mineral, jangan makan dan minum yang haram seperti daging babi dan arak.
– Inginkan perempuan kenalah berkahwin. Jangan berzina.
– Inginkan kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga,bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipudan jangan rasuah.
– Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, kenalah mengguna hukum Allah Taala yang berdasarkan AlQuran dan Sunnah.
– Kalau mahu kehidupan di bidang ekonomi berjalan sihat,tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba,monopoli dan memperniagakan yang haram.
– Jika mahu kehidupan manusia seimbang agar terjamin kebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupanyang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.

Demikianlah beberapa contoh. Terlalu banyak lagi. Kiaskan sahaja.Kedua-dua sunnatullah itu sama ada yang bersifat terpaksa(karhan) mahupun bersifat sukarela atau pilihan (tau’an) atau ada usaha memilih untuk melaksanakannya, kalau dilanggar atau tidak dipatuhi, pastilah manusia akan binasa di dunia ini sebelum binasa di Akhirat kelak. 

Sebab-sebab manusia menolak itu mungkin kerana manusia itu mahu buat peraturan sendiri sebab tidak puas hati dengan peraturan Tuhan itu. Maka mereka pun membuat sunnah sendiri. Sunnatullah yang pertama, tidak ada manusia yang menentang atau menolaknya. Semua orang boleh menerimanya kerana dari pengalaman manusia, mereka boleh menerima dengan penuh suka dan puas hati. Tidak ada yang terasa berat menerimanya. 

Bahkan tidak ada yang merasa inferiority complex menerimanya. Semua menerimanya dengan berpuas hati dan senang hati. Tidak ada yang merasakan kolot, ketinggalan zaman,out of date. Tidak ada yang mengatakan, “Ia sudah ketinggalan zaman,semenjak Nabi Allah Adam lagi manusia bernafas dengan udara.

Sudah terlalu lama, sudah kolot. Inikan zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, tidak sepatutnya kita bernafas dengan udara lagi. Patut kita bernafas dengan air. Patut kita ubah rasa.” Tiada manusia yang mengatakan begitu.Mengapa manusia boleh menerima bahkan berpuas hati dengan sunnatullah yang pertama iaitu yang bersifat karhan? Mengapa tidak ada mempertikainya? Mengapa tidak terasa kolot menggunakan peraturan yang sudah terlalu lama itu?

Manusia boleh menerimanya kerana kalau melanggar sunnatullah itu risikonya besar dan cepat sekali rosak binasa hingga boleh membawa mati. Bahkan sudah ramai yang mati disebabkan air. Cubalah bernafas dengan air! Bolehkah hidup? Bolehkah bernafas? Sudah tentu tidak boleh. Kalau diteruskan juga, masa itu juga binasa. 

Jadi oleh kerana kalau melanggar sunnatullah yang pertama,yang bersifat terpaksa itu (karhan), manusia akan cepat menerima risikonya, maka tidak adalah manusia yang melanggar sunnatullah yang pertama itu. Malahan manusia boleh patuh dengan puas hati. 

Di sini manusia merasa selamat menerima sunnatullah yang bersifat karhan. Manusia berpuas hati menerima peraturan itu. Manusia mengakui siapa yang melanggar sunnatullah itu, mereka pasti rosak binasa. Ertinya mematuhi peraturan yang bersifat karhan itu, ia sangat menyelamatkan dan menguntungkan manusia. 

Bagaimanapun, manusia payah mahu menerima sunnatullah yang kedua iaitu yang bersifat sukarela (tau’an). Termasuklah sebahagian besar umat Islam di dunia, di akhir zaman ini. Allah Taala membenarkan manusia untuk memilih menerima atau menolak sunnatullah yang bersifat tau’an ini tetapi risikonya tetap ada bahkan lebih besar lagi. Sama ada yang akan berlaku di dunia, betapalah yang akan ditimpakan di Akhirat kelak. Umat Islam sendiri merasa malu untuk menerimanya, ragu melaksanakannya, takut tidak maju, takut huru-hara, malu dengan yang bukan Islam. 

Ia dianggap ketinggalan zaman dan sudah tidak sesuai lagi.“Sekarang zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, bukan zaman unta.”Begitulah umat Islam sendiri dengan penuh angkuh dan sombong menolaknya. Bahkan benci dan prejudis terhadap pejuang-pejuang yang hendak menegakkan sunnatullah kedua yang bersifat tau’an ini. 

Ramai manusia yang menolak, termasuklah sebahagian besar umat Islam, kerana apabila menolak sunnatullah yang kedua ini risikonya lambat. Kebinasaan dan kerosakan tidak terus berlaku di waktu itu. Ianya lambat berlaku. Adakalanya selepas sepuluh tahun, lima belas tahun atau dua puluh tahun. 

Sehinggakan apabila risiko dan kerosakan menimpa, di waktu itu mereka sudah tidak dapat kaitkan lagi ia dengan perlanggaran dan penolakan sunnatullah yang dilakukan sejak bertahun-tahun yang lalu. Lantaran itu kalau ada orang atau golongan yang sedar, memberitahu kerosakan moral, jenayah, perpecahan dan lain-lain lagiy ang berlaku sekarang ini disebabkan kita sejak dahulu telah melanggar sunnatullah, mereka akan menolaknya. Bahkan marah dan bermusuh pula dengan orang itu. 

Mereka tidak boleh hendak mengaitkan gejala sosial yang berlaku, yang telah merosakkan masyarakat hari ini dengan kesalahan mereka menolak hukum atau sunnatullah itu. Sebagai contoh, keruntuhan akhlak dan gejala tidak sihat yang berlaku di dalam masyarakat sekarang seperti bohsia,bohjan, budaya lepak, vandalisme, rompak, samun, rasuah, krisis rumah tangga dan sebagainya itu adalah akibat dari apa yang kita telah lakukan sejak puluhan tahun yang lalu. Ianya berlaku apabila sistem pendidikan tidak mengikut syariat Allah, sistem ekonomi berdasarkan kapitalisme, perlembagaan negara bertentangan dengan sunnatullah iaitu tidak mengikut Al Quran dan Hadis, masyarakat kita tidak dihalang daripada pergaulan bebas dan media massa yang tidak dikawal daripada memaparkan apa yang dilarang oleh Allah seperti mempamerkan gambar-gambar lucah yang merangsang nafsu. 

Jadi, gejala sosial yang berlaku adalah buah dari pokok yang sudah lama kita tanam. Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa sunnatullah yang kedua ini yang bersifat tau’an, jangan dilanggar. Kalau dilanggar tetap memudarat dan merosakkan masyarakat manusia tetapi memakan masa yang panjang baru nampak risikonya. Setelah lama barulah terlihat kesannya. 

Sama ada sunnatullah yang pertama mahupun yang kedua,yang bersifat karhan mahupun yang bersifat tau’an, kalau dilanggar juga kita akan binasa. Hidup kita akan huru-hara. Masyarakat kita akan pincang. Kebahagiaan kita akan tercabar dan keharmonian kita akan hilang. Cuma pelanggaran yang pertama cepat kebinasaannya tetapi pelanggaran yang kedua lambat. Itu sahaja bezanya.

Justeru itu kalau didapati di dalam masyarakat kita berbagai-bagai jenayah, kerosakan akhlak, krisis, bahkan bencana alam,rujuk cepatlah kepada Allah Taala. Jangan lengah-lengah lagi. Muhasabah diri dan sistem yang kita bangunkan. Ada atau tidak pelanggaran sunnatullah itu. Kalau didapati ada pelanggaran, kenalah perbetulkan. Tukar segera dengan sunnatullah, kemudian memohon ampun sebanyak-banyaknya kepada-Nya sebelum Allah Taala menimpakan balasan dan hukuman yang lebih berat dan teruk lagi.

Perkongsian Naqibah Shamira