expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
as l0ng as i breath...may G0d bless us...

Friday, 15 August 2014

UWAIS AL-QARNI :- NAMAMU DISEBUT PENDUDUK LANGIT, KERNA ZUHUDMU, KERNA TAATMU

Assalamualaikum ya jama'ah, apa khabar semua? Moga semua dirahmatNya dan diredhaiNya, di bawah junjungan kasih dan rahmatNya yang Maha Pemurah kepada semua penduduk langit dan bumi, dan paling penting, Maha Penyayang kepada kita semua yang bergelar Islam, umat agama tauhid yang mengikuti jalanNya dan jauh dari mengikuti jalan orang terlaknat olehNya.

                Sebelum apa-apa, ana minta untuk semua tajdid niat kita, meskipun ini bukanlah usrah kita, bukanlah perbincangan kita, tetapi ingatlah pada hadis 'Innama 'amalu bin niyah', bahwa sesungguhnya setiap amal itu diterima berdasarkan niat, dan bila perkataan 'niyah' digunakan dan bukannya 'niat', itu bermakna niat itu banyak, pelbagai tetapi yang ana ingin tekankan bahwa niat kita perlulah berasaskan niat Lillahi Taala wa Rasullah. Marilah kita sama-sama tajdid niat kita Lillahi Ta'ala, dan dimulakan dengan proses menuntut ilmu kita dengan Ummul Kitab Al- Fatihah.

                Hari ini, ana ingin ceritakan tentang tokoh Islam, tabi'in, bernama Uwais Al- Qarni. Ana rasa, tidak asing kisah tentangnya, di mana namanya begitu terkenal di penduduk langit, sehingga waktu ajalnya, seluruh penduduk langit menangisi untuknya, sedangkan adakah semua tahu, bahwa tiada seorang di bumi itu mengenalnya?

Ya!

                Tiada siapa di bumi mengenalnya. Dia hanyalah seorang yang miskin, pengembala kambing yang taat beribadah dan menjaga ibunya. Berjumpa dengan Nabi SAW pun tidak pernah, kerna amanah dan tanggungjawabnya untuk menjaga ibunya yang sakit tua itu lebih kuat dan utama baginya. Namun, rindunya terhadap Rasullah SAW tidak pernah berkurangan, malah makin bertambah. SubhanaAllah! Kalau muhasabah diri di sini, adakah kita sebegitu? Sedangkan kita, begitu inginkan orang mengenal kita kerna ibadah kita, kerna amal kita, kerna dakwah kita, malah lebih teruk, kerna cina kita akan kerna keduniaan. Nauzubillah min zalik!

Tetapi, ana tidak mahu berhujah panjang di sini, melainkan untuk bercerita secebis dari kisah hidupnya, ya'ni mengenai kezuhudan hidupnya. Ya, itulah yang ana ingin bincangkan dengan semua yang amat dikasihi.


                Kezuhudannya sehingga semua orang membencinya, menjengkelkan ramai, tetapi itu semua tidak dipeduli olehnya. Kezuhudannya sehingga dia tidak mendoakan untuk dirinya dan ibunya, kerna dia risau bahwa Allah akan murka padanya kerna meminta yang tidak sepatutnya. Ana mengambil contohnya, yang telah diringkaskan dalam blog yang ana bagi itu,
Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT)
hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

Uwais kata" “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang
jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya
tidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.

Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah
ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan
berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT)
sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi
kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:

“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan
yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak
di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian
lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada
Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais
al-Qarni.

SubhanaAllah! Dan satu lagi mengenai kisah dirinya yang begitu zuhud, sehingga pakaiannya yang amat lusuh (lusuh dan bukannya kotor, harus difahami lain maknanya)  sehingga orang menjengkelkannya. Sehingga orang begitu benci padanya dan membaling batu padanya, atas penampilannya itu. Kalau kita, kita mesti rasa malu, terus tukar baju atau beli baju lain bukan? Tetapi tidak bagi beliau, beliau yang namanya ini begitu dirindui oleh penduduk langit tetap dengan zuhudnya, tidak  pernah pula untuk menggunakan duitnya untuk membeli pakaian lain (kerna duitnya untuk dirinya dan ibunya dan kalau ada lebihan, disedekahkan pada yang lebih miskin darinya) tetapi kekal dengan pakaian lusuhnya, dengan jawapannya mafthumnya,
" Ya fulan bin fulan, aku kekal dengan pakaian ini, agar aku ingat akan kedudukan aku di sisi Allah, bahwa di kehidupan dunya ini tiada ertinya berbanding kehidupan di akhirat nanti dan di sisi Allah"

SubhanaAllah! Begitu besarnya pengorbanannya, begitu kuat dia menahan nafsunya untuk mengikut dunyawi. Semuanya demi menjaga kezuhudannya di mata Allah. Moga Allah meredhaiNya.

***

                Dari situ, jelaslah kezuhudan seorang tabi'in ini. Namun ana ingin menimbulkan persoalan pada antenna semua, adakah antenna semua mampu menjadi seorang yang zuhud? Seorang yang zuhud di zaman menghampiri Yaumul Qiamah? Sedangkan di waktu ini  adalah di mana semuanya dipandang teliti, dari pakaian, peribadi, semuanya. Kalau ada sedikit yang tak kena,maka ada pihak akan katakan teruk dan tak menepati arus pemodenan, ada yang berkata semua itu adalah bida'ah dan syadid sangat.

Jawapan ana, ya. Anda semua boleh! Dengan cara, antunna semua memahami erti zuhud itu terlebih dahulu.

Apa itu zuhud?

Kesimpulannya, zuhud itu ada 3 perkara,

  1. Hamba lebih meyakini rezeki dan ganjaran Allah daripada apa yang di tangannya. Hal ini dia mempercayai akan rezeki dan ganjaran Allah dari ayat cintaNya (Hud :6) & (Al-Ankabut : 17)
  2. Apabila hamba tertimpa musibah dalam kehidupan dunia seperti hilangnya harta, anak, atau selainnya, maka dia lebih senang memperoleh pahala atas hilangnya hal tersebut daripada hal itu tetap berada di sampingnya.
  3. Hamba memandang sama orang yang memuji dan mencelanya ketika dirinya berada di atas kebenaran. Hal ini kerana, setiap yang cintakan dunya itu pastikan akan cintakan pujian dan bencikan celaan dan begitu juga sebaliknya.

Jadi kini timbul persoalan, adakah dengan ini kita tidak boleh mencintai dunya langsung? Memang kena buang 100% dunya ini dari hidup kita? Jawapan ini adalah TIDAK! Kerna sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda,  "Dunia itu adalah tanaman untuk akhirat."Bermakna kita tidak boleh mebuang dunya itu dari hidup kita, sebaliknya manfaatkan dunya itu sendiri dan meminimakan cinta pada dunya itu pada yang sepatutnya. Kita ambil ibrah dari kisah Uwais Al-Qarni tadi, sekiranya dia benar-benar buang dunya itu dari hidupnya, maka dia akan abaikan ibunya, tinggalkan amalnya sebagai pengembala kambing dan terus beribadah 24 jam sehari tanpa tidur dan makan dan segera jumpa Rasullah SAW. Tetapi tidak, beliau tidak berbuat begitu. Kenapa? Kerna dia sedar, ibunya adalah jalan pintas untuk mendapat ganjaran dari Allah (denan menjaganya) amalnya itu sebagai satu cara untuk kembangkan ibadah yang mampu dilakukannya (dengan mampu mebayar zakat dan bersedekah). Sedangkan beliau tidak mahu membeli baju baru demi mengaburi mata orang ramai kerna beliau takut, dengan baju baru, maka timbul rasa riak yang akan memakan zuhud yang terbina di hatinya. Maka bukankah itu adalah berbeza?

Jadi apakah cara untuk kita mencapai zuhud di zaman kini? Ada 3 perkara,
  1. Apa-apapun yang kita lakukan, niatlah dalam hati bahwa kita lakukan semua ini, hanya kerna Allah dan Allah sahaja. Dengan penuh rasa kehambaan dan hinanya diri ini, niatlah sebegitu, kerna dengan niat ini akan mencerminkan nanti perbuatan kita untuk melakukan sesuatu perkara (ya'ni tidak akan tercemar dengan dunya)
  2. Apa yang kita belanjakan, usahakan, malah sukakan itu adalah untuk kemudahan kita untuk beramal pada Islam dan itu sahaja. Contohnya, anda memikirkan bahwa dengan tidak membeli kereta dan menggunakan alternatif berjalan kaki itu sebagai 'tiket' untuk mendapat kezuhudan. Mungkin boleh, tetapi fikirkan. Sekiranya semua itu hanya akan menyusahkan diri sendiri untuk beramal kerna Allah hingga mewujudkan rasa malas dan menyampah untuk beribadah, maka dikhuatiri perasaan 'malas dan menyampah' itu yang melebihi 'zuhud' kita.
  3. Menimba ilmu. Sesungguhnya seseorang yang berpengetahuan itu adalah dari yang menuntut ilmu, dan mereka akan digelar seseorang yang berpengetahuan dengan mengamalkan ilmu yang didapatnya itu. Maka, dengan ini akan jelaslah, bahwa mana yang mungkin meningkatkan zuhud antunna dan mana yang sebaliknya. Contoh terbaik, menambahkan bacaan ilmiah, dan tingkatkan perbincangan dan halaqah dengan orang yang berpengetahuan (seperti halaqah kita ;) )

Oleh itu, dengan ini, kita mendapat kesimpulannya bahwa zuhud para sahabat dan tabi'in dapat pada zaman Rasullah SAW mampu juga kita dapat pada waktu kini, malah lebih mudah sebenarnya. Cuma apa yang penting ialah memahami sendiri erti zuhud itu, dan mengetahui caranya. Wallahu'alam.

No comments: