" org solat adalah manusia yg boleh diharapkan menjadi baik dan lurus walaupun anda melihatnya menyimpang dalam banyak hal "
as l0ng as i breath...may G0d bless us...
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts
Monday, 15 December 2014
HADIS 10 : TIDAK DITERIMA KECUALI YANG BAIK
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Zat yang Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin apa yang diperintahkan kepada para Rasul. Allah Taala berfirman: “Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.” Allah juga berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.”
Lalu Rasulullah saw menyebut seorang lelaki yang mengadakan perjalanan begitu jauh sehingga rambutnya kusut dan berdebu. Dia menghulurkan kedua tangannya ke langit (seraya berdoa):
“wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedang makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dengan barang yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?”
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Hadis ini diriwayatkan ole Imam Muslim dalam Kitab Zakat (Bab: Ditermanya sedekah dari usaha yang baik dan keharusannya untk menjaganya) nombor 1015.
KEDUDUKAN HADIS
Hadis ini adalah merupakan landasan dari beberapa kaedah dan pembinaan hukum Islam. Ia menjadi landasan dari perintah memperolehi yang halal dan meninggalkan yang haram, ia memiliki manfaat yang luas dan peranan yang tinggi dalam mewujudkan masyarakat Islam, yang mana di dalamnya seseorang itu mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri dan tidak menyakiti saudaranya sebagaimana dia tidak suka disakiti oleh orang lain. Tidak melanggar batas-batas syariat, sentiasa mencari yang halal yang penuh berkah dan kebaikan dan dia hidup bersama orang lain dalam ketenangan dan ketenteraman.
INTISARI HADIS
1. Sedekah dengan sesuatu yang haram itu tidak diterima Allah SWT.
2. Perintah supaya ikhlas dalam beramal.
3. Anjura supaya berinfaq dengan yang halal dan larangan berinfaq dengan yang haram serta diperbolehkannya makan makanan yang baik-baik.
4. Makan makanan yang baik-baik dengan maksud agar sihat dan kuat badannya, sehingga dapat menjalankan ibadah dan mendapatkan pahala.
5. Dalam hadis ini dijelaskan syarat-syarat diperkenankan doa dan perkara-perkara yang menyebabkan tertolaknya doa.
6. Sebab-sebab diterimanya doa adalah makan makanan yang halal dan menjauhi makanan yang haram.
7. Disunatkan mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa.
8. Disyariatkan agar doa itu dilakukan berulang-ulang kali dengan disertai menyebut nama-namaNya
9. Diperbolehkan makan makanan yang baik dalam syariat umat yang terdahulu.
TAFSIR HADIS
Hadis ini menerangkan bahawa Allah SWT Maha Sempurna dan Maha Suci dari segala sifat kekurangan. Maka seseorang hamba itu tidak boleh mendekati Allah SWT dengan sedekah dari barang haram dan syubhat atau makanan yang tidak baik.
Allah membenarkan orang-orang yang beriman memakan makanan yang baik-baik, sebagaimana Dia memperbolehkannya bagi para Rasul. Disertai dengan amalan soleh dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmatnya.
Kemudian nabi saw menjelaskan bahawa Allah SWT menyukai sedekah dengan sesuatu yang baik-baik dan tida menyukai perbuatan kecuali yang baik-baik. Lalu Nabi saw memberikan perumpamaan sebagai peringatan bagi umatnya agar menjauhi perkara-perkara yang haram.
Baginda berkata: “Seseorang yang melakukan perjalanan yang jauh, mengikuti jalan Allah SWT seperti menunaikan haji, berjihad dan mencari nafkah dalam keadaan rambutnya yang kusut berubah warnanya kerana jauhnya perjalanannya, lalu dia menadahkan tangannya ke langit seraya berdoa kepada Allah SWT dengan merendahkan diri di hadapanNya.
Meskipun demikian doanya tidak diperkenankan kerana pekerjaannya tidak halal.” Maka setiap mukmin hendaklah menghindari perkara-perkara yang boleh menyebabkan doanya tidak diperkenankan.
Semoga bermanfaat . Wallahualam
Prepared by: Cik Muda
Saturday, 13 December 2014
HADIS 9 MENGAMBIL YANG MUDAH DAN MENINGGALKAN YANG SUSAH
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdur Rahman bin Shakhr ra, dia berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Apa yang aku larang ke atas kalian, maka kalian tinggalkanlah dan apa yang aku perintahkan kepada kalian maka kalian laksanakanlah sesuai dengan kemampuan kalian. Kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kalian ditimpa kecelakaan disebabkan banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap para Nabi mereka.”
(HADIS RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM)
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam Kitab Al-I’tisham bil-Kitab was-Sunnah (Bab: Meneladani sunnah Rasulullah saw ) nombor 6777. Dalam Kitab Sahih Muslim terdapat dalam kitab Al-Fadha’il (Bab: Mengagungkan Rasulullah saw, tidak banyak memperbanyak bertanya tentang hal-hal yang tidak penting), nombor 1337.
KEDUDUKAN HADIS
Para ulama menyebutkan bahawa hadis ini memiliki kedudukan dan faedah yang sangat tinggi sehingga hadis ini sangat penting untuk dihafal dan dibahas.
Imam An-Nawawi berkata dalam Syarah Muslim ketika membahas berkenaan hadis ini: “Hadis ini adalah merupakan kaedah-kaedah Islam yang penting, bukti kemampuan Rasulullah saw, untuk mengungkapkan maksud dengan ringkas tetapi padat, yang merangkumi di dalamnya berbagai hukum yang tidak terhitung.”
Ibnu Hajar Al-Haitami berkata dalam Syarah Arba‘in: “ Ini merupakan hadis yang tinggi nilainya berkenaan dengan kaedah-kaedah dan rukun Islam, maka seeloknya hadis ini dihafal dan diambil perhatian terhadapnya.”
Di samping kedua-dua pernyataan yang dikemukakan di atas, masih terdapat banyak lagi pernyataan para pensyarah hadis lain yang menunjukkan betapa pentingnya kedudukan hadis ini. Kepentingan kedudukan hadis ini adalah kerana ia memberi arahan supaya memberikan komitmen dengan syariat Allah Azza wa Jalla yang berkaitan antara perintah dan larangan, peringatan agar tidak melampui batas-batas yang telah ditetapkan dalam Kitabullah dan apa yang diterangkan oleh RasulNya tanpa berlebihan dan mengambil mudah, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
Keutamaan hadis ini akan kelihatan setelah perbahasan berikut ini akan terungkap makna dan tujuannya, serta akan jelas kebenaran perkataan para ulama yang membahaskan.
SEBAB MUNCULNYA HADIS INI
Sebab munculnya hadis ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya dari Abu Hurairah ra, dia berkata: “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami:
“Wahai manusia! Allah telah mewajibkan haji, maka tunaikanlah haji. “Maka seorang lelaki bertanya: “Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw terdiam sehingga lelaki itu mengulangi pertanyaan sebanyak tiga kali, maka Rasulullah saw berkata: “Kalaulah saya mengatakan “ya”, maka haji itu pasti diwajibkan setiap tahun dan kalian pasti tidak mampu.” Kemudian Baginda meneruskan: “Tinggalkanlah apa yang saya tinggalkan bagi kamu sekalian. Sesungguhnya kebinasaan orang-orang sebelum kalian adalah kerana terlalu banyak bertanya dan ingkar dengan perintah Nabi mereka. Jika saya perintahkan kalian dengan sesuatu maka kerjakanlah semampunya dan apabila saya melarang kalian dari sesuatu maka tinggalkanlah.” Kitab Al –Haj (Bab: kewajipan haji sekali dalam seumur hidup) nombr 1337.
Terdapat keterangan bahawa yang bertanya adalah Al-Aqra’ bin Habis ra. Ibnu majah meriwayatkan di dalam kitab Sunannya, dari Ibnu Abbas ra: “Sesungguhnya Al-Aqra bin Habis bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah saw, haji setiap tahun atau sekali dalam seumur hidup?” Rasulullah menjawab, “Sekali dalam seumur hidup. Barangsiapa yang mampu maka kerjakanlah yang sunnah.” Kitab Al-Haj (bab: Fardhu Haji) nombor 2886.
Dalam riwayat Abu Daud: “Barangsiapa yang menambah, maka dia adalah sunnah”, (nombor 1721). Dalam Kitab Al-mustadrak: “Barangsiapa yang berkehendak, maka dia mengerjakan ibadah sunnah.” (Awal kitab Manasik).
Dikatakan bahawa peristiwa ini terjadi pada Haji Wada’ ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah menjelaskan kepada manusia tentang agama Islam dan mengajarkan tentang ibadah-ibadah yang fardhu dalam Islam.
INTISARI HADIS
1. Perintah supaya taat kepada suruhan dan larangan.
2. Larangan lebih keras daripada suruhan, kerana larangan tidak mengenal erti keringanan untuk sekadar kemampuan.
3. Orang yang tidak mampu mengerjakan sesuatu kewajipan atau sebagainya, jatuhlah kewajipan itu, sama ada sebahagian atau seluruhnya. Allah SWT tidak membebani jiwa kecuali sesuai dengan kemampuan.
4. Larangan daripada banyak permasalahan yang dapat memberatkan dan membebani diri serta menimbulkan fitnah keragu-raguan dan kelalaian atau ketidakmampuan melaksanakannya. Adapun bertanyakan sesuatu urusan Al-Din atau dunia yang terjadi di antara manusia adalah diharuskan.
5. Peringatan bagi umat islam agar tidak bertentangan dengan suruhan Nabi saw (Jawami’ul-kalim adalah perkataan-perkataan Nabi saw yang pendek-pendek tetapi mengandungi muatan ajaran yang luas dan dalam) sebagaimana yang telah terjadi pada umat-umat sebelum mereka agar tidak binasa terhadap mereka yang telah binasa.
TAFSIR HADIS
Hadis ini merupakan salah satu dasar agama dan termasuk jawami’ul kalim (maksudnya, menambah atau mengurangi apa yang telah disunnahkan oleh Nabi saw seperti mengada-adakan yang tidak ada tuntutannya dalam Islam). Rasullulah saw memberi petunjuk kepada kita bahawa apabila Baginda melarang sesuatu, kita harus meninggalkannya secara mutlak tanpa ada pengecualian. Apabila baginda menyuruh sesuatu, hendaklah kita melaksanakannya menurut kemampuan kita dan baginda tidak bermaksud memberati atau membebani kita, ini adalah di antara kemudahan Ad dinul Islam.
Memang Allah SWT tidak membebani jiwa kecuali yang sesuai dengan kesanggupannya.
Kemudian Nabi saw, memberikan isyarat sebagai pelajaran bagi kita agar tidak menjadi seperti sebahagian umat di masa lampau yang telah bertentangan dengan suruhan Nabi mereka dan banyak bertanyakan perkara-perkara yang dapat memberatkan mereka. Maka Allah SWT menimpakan kebinasaan kepada mereka.
Oleh kerana itu janganlah kita sebagai umat Islam menjadi seperti mereka, sebab nanti kita akan ditimpa kebinasaan seperti mereka
Allah SW berfirman maksudnya:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (AdDin) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.....”
(Surah Ali Imran:103)
Semoga bermanfaat. Wallahualam..
Prepared by: Cik Muda
Syarah Hadis Jibril ( Bab Mukadimah)
Kita mulakan dgn menyebut hadisnya yg berbunyi :
Maksudnya :
Drpd Saiyiduna Umar r.a beliau berkata: ketika kami sdg duduk disisi Rasulullah s.a.w pd suatu hari, mncul sorg lelaki yg mengenakan baju yg sgt putih dan berambut sgt hitam,tidak nmpak pdnya bekas2 pjalanan jauh dan tidak ad seorg pun di kalangan kami yg mengenalinya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi dan meletakkan kedua lututnya kepada lutut Baginda dan meletakkan kedua tgnnya dibatas pehanya(iaitu duduk penuh adab).
Lalu beliau berkata:
Wahai Muhammad,beritahukan aku ttg Islam?
Maka bersabda Rasulullah SAW: Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji bagi yg berkemampuan.
Kemudian dia berkata: Benarlah engkau.
Kami kehairanan kerana dia yg bertanya dan dia juga yg membenarkan.
Kemudian dia bertanya lagi:
Khabarkan aku ttg Iman.
Lalu Baginda bersabda: Bahawa engkau beriman kpd Allah,malaikat2 Nya, kitab2 Nya, rasul2 Nya dan hari akhirat serta engkau beriman kpd takdir (ketentuan) yg baik dan yang buruk.
Kemudian dia berkata: Engkau benar. Ceritakan kpdku ttg Ehsan.
Lalu Baginda bersabda: Ehsan itu adalah engkau beribadah kpd Allah seakan akan engkau melihat Nya dan jika engkau tidak melihat Nya maka sesungguhnya Dia Maha Melihat engkau.
Kemudian dia berkata: Beritahukan aku ttg hari Kiamat (bila akan berlaku)?
Baginda bersabda: Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya.
Dia berkata: Kalau begitu ceritakan kpd aku tanda2 nya.
Baginda pun bersabda: Bahawa seorang hamba akan melahirkan tuannya,dan kamu akan melihat seorang yg bertelanjang(iaitu tidak mempunyai pakaian yg cukup) berkaki ayam, (hanya mengambil upah) menggembala kambing, (kemudian) mereka berlumba lumba membina bangunan tinggi.
Setelah itu, pemuda tersebut berlalu dan aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Tahukah engkau siapa yg bertanya itu?
Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
Baginda bersabda: Dia adalah Jibril yg dtg kpd kalian (bertujuan) mengajarkan kalian ttg agama kalian.
(Riwayat Muslim)
Ketahuilah bahawa hadis ini sebagaimana ia meliputi 3 rukun dlm agama iaitu : Islam, Iman dan Ehsan. Maka ia turut mencakupi tiga cabang ilmu:
1. Ilmu Feqah, iaitu ilmu berkenaan hukum hakam syara' secara praktikal yg difardhukan oleh Allah SWT utk dilaksanakan oleh setiap kaum muslimin dan muslimat.
2. Ilmu tauhid, iaitu perkara yg wajib menjadi pegangan akidah setiap mukallaf drpd perkara2 Ilahiyyat(keTuhanan), Nubuwwat(kenabian), dan Sam'iyyat(perkara2 ghaib yg tidak ketahui melainkan apa yg dikhabarkan oleh Allah dan Rasul)
3. Ilmu tasawuf iaitu, ilmu berkaitan akhlak hati yg mana wajib ke atas setiap hamba utk memperhiaskan diri dgn nya drpd perkara2 yg menyelamatkan nya drpd api neraka dan menyucikan hati dgn nya drpd perkara yg membinasakan.
Maka ketiga tiga ilmu ini wajib bg setiap mukallaf mencari dan mempelajarinya, serta tiada rukhsah(keringanan atau alasan) utk meninggalkannya.
Sabda Baginda SAW: Tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib utk ke atas setiap muslim.
( Riwayat 'Abdul Barr )
Majlis Taalim Darul Murtadza
Habib Ali Zainal Abidin
Written by Haura Jannah <3
Tuesday, 19 August 2014
apa itu Sunnatullah ?
Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahajadi dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat manusia.
Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunnatullah. Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetapadi dan peraturkan untuk manusia. Yang wajib kenalah manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa.
Rosak dan binasa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah sampai bila-bila.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)
Perlu diingat bahawa sunnatullah itu terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama:Manusia menerimanya secara terpaksa
Kedua: Manusia menerima secara sukarela
Firman Allah:Maksudnya: “Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa.” (Ar Ra’d: 15)1.
1.Secara terpaksa(karhan)
Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanya secara terpaksa (karhan). Di antaranya seperti:
– Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan dengan udara bukan dengan air dan lain-lain.
– Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lainlainnya.
– Makan dan minum melalui mulut bukan melalui dubur dan lain-lain jalan.
– Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan dan lain-lain.
– Kalau mahu rehat dan untuk memulihkan kesegaran kenalah tidur dan rehat, bukan melalui bermain atau panjat pokok dan lain-lain.Begitulah keadaannya.
Banyak contoh-contoh lain lagi yang tidak perlu disebutkan di sini. Kiaskan sahaja.
2. Secara sukarela (tau’an)
Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat peraturan sebagai sunnatullah yang tidak akan diubahi seperti:
– Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan air mineral, jangan makan dan minum yang haram seperti daging babi dan arak.
– Inginkan perempuan kenalah berkahwin. Jangan berzina.
– Inginkan kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga,bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipudan jangan rasuah.
– Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, kenalah mengguna hukum Allah Taala yang berdasarkan AlQuran dan Sunnah.
– Kalau mahu kehidupan di bidang ekonomi berjalan sihat,tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba,monopoli dan memperniagakan yang haram.
– Jika mahu kehidupan manusia seimbang agar terjamin kebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupanyang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.
Demikianlah beberapa contoh. Terlalu banyak lagi. Kiaskan sahaja.Kedua-dua sunnatullah itu sama ada yang bersifat terpaksa(karhan) mahupun bersifat sukarela atau pilihan (tau’an) atau ada usaha memilih untuk melaksanakannya, kalau dilanggar atau tidak dipatuhi, pastilah manusia akan binasa di dunia ini sebelum binasa di Akhirat kelak.
Sebab-sebab manusia menolak itu mungkin kerana manusia itu mahu buat peraturan sendiri sebab tidak puas hati dengan peraturan Tuhan itu. Maka mereka pun membuat sunnah sendiri. Sunnatullah yang pertama, tidak ada manusia yang menentang atau menolaknya. Semua orang boleh menerimanya kerana dari pengalaman manusia, mereka boleh menerima dengan penuh suka dan puas hati. Tidak ada yang terasa berat menerimanya.
Bahkan tidak ada yang merasa inferiority complex menerimanya. Semua menerimanya dengan berpuas hati dan senang hati. Tidak ada yang merasakan kolot, ketinggalan zaman,out of date. Tidak ada yang mengatakan, “Ia sudah ketinggalan zaman,semenjak Nabi Allah Adam lagi manusia bernafas dengan udara.
Sudah terlalu lama, sudah kolot. Inikan zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, tidak sepatutnya kita bernafas dengan udara lagi. Patut kita bernafas dengan air. Patut kita ubah rasa.” Tiada manusia yang mengatakan begitu.Mengapa manusia boleh menerima bahkan berpuas hati dengan sunnatullah yang pertama iaitu yang bersifat karhan? Mengapa tidak ada mempertikainya? Mengapa tidak terasa kolot menggunakan peraturan yang sudah terlalu lama itu?
Manusia boleh menerimanya kerana kalau melanggar sunnatullah itu risikonya besar dan cepat sekali rosak binasa hingga boleh membawa mati. Bahkan sudah ramai yang mati disebabkan air. Cubalah bernafas dengan air! Bolehkah hidup? Bolehkah bernafas? Sudah tentu tidak boleh. Kalau diteruskan juga, masa itu juga binasa.
Jadi oleh kerana kalau melanggar sunnatullah yang pertama,yang bersifat terpaksa itu (karhan), manusia akan cepat menerima risikonya, maka tidak adalah manusia yang melanggar sunnatullah yang pertama itu. Malahan manusia boleh patuh dengan puas hati.
Di sini manusia merasa selamat menerima sunnatullah yang bersifat karhan. Manusia berpuas hati menerima peraturan itu. Manusia mengakui siapa yang melanggar sunnatullah itu, mereka pasti rosak binasa. Ertinya mematuhi peraturan yang bersifat karhan itu, ia sangat menyelamatkan dan menguntungkan manusia.
Bagaimanapun, manusia payah mahu menerima sunnatullah yang kedua iaitu yang bersifat sukarela (tau’an). Termasuklah sebahagian besar umat Islam di dunia, di akhir zaman ini. Allah Taala membenarkan manusia untuk memilih menerima atau menolak sunnatullah yang bersifat tau’an ini tetapi risikonya tetap ada bahkan lebih besar lagi. Sama ada yang akan berlaku di dunia, betapalah yang akan ditimpakan di Akhirat kelak. Umat Islam sendiri merasa malu untuk menerimanya, ragu melaksanakannya, takut tidak maju, takut huru-hara, malu dengan yang bukan Islam.
Ia dianggap ketinggalan zaman dan sudah tidak sesuai lagi.“Sekarang zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, bukan zaman unta.”Begitulah umat Islam sendiri dengan penuh angkuh dan sombong menolaknya. Bahkan benci dan prejudis terhadap pejuang-pejuang yang hendak menegakkan sunnatullah kedua yang bersifat tau’an ini.
Ramai manusia yang menolak, termasuklah sebahagian besar umat Islam, kerana apabila menolak sunnatullah yang kedua ini risikonya lambat. Kebinasaan dan kerosakan tidak terus berlaku di waktu itu. Ianya lambat berlaku. Adakalanya selepas sepuluh tahun, lima belas tahun atau dua puluh tahun.
Sehinggakan apabila risiko dan kerosakan menimpa, di waktu itu mereka sudah tidak dapat kaitkan lagi ia dengan perlanggaran dan penolakan sunnatullah yang dilakukan sejak bertahun-tahun yang lalu. Lantaran itu kalau ada orang atau golongan yang sedar, memberitahu kerosakan moral, jenayah, perpecahan dan lain-lain lagiy ang berlaku sekarang ini disebabkan kita sejak dahulu telah melanggar sunnatullah, mereka akan menolaknya. Bahkan marah dan bermusuh pula dengan orang itu.
Mereka tidak boleh hendak mengaitkan gejala sosial yang berlaku, yang telah merosakkan masyarakat hari ini dengan kesalahan mereka menolak hukum atau sunnatullah itu. Sebagai contoh, keruntuhan akhlak dan gejala tidak sihat yang berlaku di dalam masyarakat sekarang seperti bohsia,bohjan, budaya lepak, vandalisme, rompak, samun, rasuah, krisis rumah tangga dan sebagainya itu adalah akibat dari apa yang kita telah lakukan sejak puluhan tahun yang lalu. Ianya berlaku apabila sistem pendidikan tidak mengikut syariat Allah, sistem ekonomi berdasarkan kapitalisme, perlembagaan negara bertentangan dengan sunnatullah iaitu tidak mengikut Al Quran dan Hadis, masyarakat kita tidak dihalang daripada pergaulan bebas dan media massa yang tidak dikawal daripada memaparkan apa yang dilarang oleh Allah seperti mempamerkan gambar-gambar lucah yang merangsang nafsu.
Jadi, gejala sosial yang berlaku adalah buah dari pokok yang sudah lama kita tanam. Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa sunnatullah yang kedua ini yang bersifat tau’an, jangan dilanggar. Kalau dilanggar tetap memudarat dan merosakkan masyarakat manusia tetapi memakan masa yang panjang baru nampak risikonya. Setelah lama barulah terlihat kesannya.
Sama ada sunnatullah yang pertama mahupun yang kedua,yang bersifat karhan mahupun yang bersifat tau’an, kalau dilanggar juga kita akan binasa. Hidup kita akan huru-hara. Masyarakat kita akan pincang. Kebahagiaan kita akan tercabar dan keharmonian kita akan hilang. Cuma pelanggaran yang pertama cepat kebinasaannya tetapi pelanggaran yang kedua lambat. Itu sahaja bezanya.
Justeru itu kalau didapati di dalam masyarakat kita berbagai-bagai jenayah, kerosakan akhlak, krisis, bahkan bencana alam,rujuk cepatlah kepada Allah Taala. Jangan lengah-lengah lagi. Muhasabah diri dan sistem yang kita bangunkan. Ada atau tidak pelanggaran sunnatullah itu. Kalau didapati ada pelanggaran, kenalah perbetulkan. Tukar segera dengan sunnatullah, kemudian memohon ampun sebanyak-banyaknya kepada-Nya sebelum Allah Taala menimpakan balasan dan hukuman yang lebih berat dan teruk lagi.
Perkongsian Naqibah Shamira

Subscribe to:
Posts (Atom)