Tudung ini bukan sekadar menutupi, tetapi melindungi.
Juga sering mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri, kerana akhlak itu bunga diri.
Jangan kau sangka labuhnya tudungku, tanda alimnya diriku.
Kerana aku juga sepertimu, masih tercari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.
Teruskan membaca wahai Muslimah :)
“Awak ambik kos Pendidikan Islam.??”
“Tak. :)”
“Habis tu.?? Aaaa~ mesti ambik kos Bahasa Arab atau Syariah kan.”
“Tidak juga, saya study kos Business. :)”
“Saya ingatkan Ustazah tadi.”
Hmm~ soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh.
Asal tudung labuh je ingat Ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan Agama.
Haishh~
saya bukan Ustazah, bukan juga anak Ustaz. Saya bertudung labuh sebab saya seorang Muslimah.!
Iye, betul biasanya Ustazah yang pakai tudung labuh.
Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh.?
Sebagaimana firman-Nya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh, sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dah tu kenapa bertudung labuh.?"
Awak, Islam menyarankan Muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah.
Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri.
Tudung itu sendiri boleh mendidik si pemakainya.
“Eh tudung pun boleh jadi cikgu.?”
Boleh dikatakan begitu.
Cuba awak bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco.?
Ya, kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu.
Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak.
Yela, takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena histeria.
Kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai.
Nauzubillah~
Bila berjalan kat mana-mana, jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih.
Paling tidak pun mereka bagi salam.
“Assalamualaikum Ustazah. Tak jawab dosa taw.”
Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik.
Sudah menjadi fitrah, lelaki akan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya.
Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya.
Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
“Kenapa saya.?”
“Sebab saya tengok awak alim je.”
“Kenapa.?? Sebab saya pakai tudung labuh.??"
Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak.
Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah.
Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya.
Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit.
Bukan saya kedekut ilmu, sombong.
Setakat ilmu yang ada boleh la kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah.
Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin.
Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan.
Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan.
Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati.
Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang.
Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.
Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. InsyaAllah~
Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini.
Iman ada naik dan turunnya.
Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah~
Jadilah wanita yang dihormati, bukan diminati ;)
" org solat adalah manusia yg boleh diharapkan menjadi baik dan lurus walaupun anda melihatnya menyimpang dalam banyak hal "
as l0ng as i breath...may G0d bless us...
Monday, 11 August 2014
KISAH YANG SANGAT MENGESANKAN
أحببت أهديها لمن أحب
Ku ingin hadiahkan kepada orang yang kucintai
كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Ada seorang guru agama yg mengajarkan Aqidah kepada murid2nya
يعلمهم لا إله إلا اللـه يشرحها لهم
Dia mengajarkan "La ilaaha illallah" kepada mereka & menjelaskan maknanya
يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam-
عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah beliau berusaha menanamkanya ke dalam jiwa murid-muridnya
وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Sang guru itu senang memelihara burung & kucing
فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu seorang muridnya pun menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua
ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Makin hari sang guru pun makin suka dgn burung itu
وكان يأخذه معه في دروسه
Dan sering membawanya pada saat mengajar murid-muridnya
حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله‼
Sehingga kakak tua itu pun belajar mengucapkan kalimat tauhid "La ilaha illallah"
فكان ينطقها ليلا ونهارا…
Burung kakak tua itu pun mampu mengucakan (laa ilaaha illallah) siang & malam
وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي?
Suatu ketika murid-murid mendapati sang guru sedang menangis
وينتحب وعندما سألوه
Ketika ditanya beliau pun menjelaskan dengan terbata- bata
قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Kucing telah menerkam kakak tua dan membunuhnya
فقالوا له لهذا تبكي ‼
Mereka pun bertanya dgn hairan: kerana inikah engkau menangis!!
إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منہ ..
Kalau engkau menginginkan, kami mampu datangkan burung yang lain bahkan yg jauh lebih baik
رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا …
Sang guru berkata: bukan kerana itu aku menangis
ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi... Yang membuat aku menangis adalah: ketika diserang kucing
أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya menjerit2 saja sampai matinya
مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Padahal dia sering sekali mengucapkan kalimat "laa ilaaha illallah"
إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika diterkam kucing ia lupa kalimat tersebut
ولم يقم إلا بالصراخ ‼
Tidak mengucapkan apapun kecuali hanya menjerit & merintih!!!
لأنه كان يقولها بلسانه
Kerana waktu hayatnya ia hanya mengucapkan "laa ilaaha illallah" dengan lisannya saja
فقط ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها ‼
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya
ثم قال الشيخ :
Sang guru pun berkata
أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku khawatir kalau nanti kita seperti kakak tua itu
نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله
Saat kita hidup mengulang-ulang kalimat "laa ilaaha illallah"
بألسنتنا وعندما يحضرنا الموت ننساها
Dengan lisan kita, tapi ketika maut datang kita pun lupa
ولا نتذكرها؛ لأن قلوبنا لم تعرفها
Tidak mampu mengingatnya, kerana hati kita belum menghayatinya
فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا اللـه
Kemudian para muridnya pun menangis, khawatir tidak jujur terhadap kalimat tauhid ini
ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا !!!!
Dan kita sendiri... adakah kita telah menanamkan kalimat "laa ilaaha illallah" ini ke dalam hati sanubari kita?
ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص ،
Tidak ada sesuatu pun yg naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan
و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung dari taufiq Allah
..و بقدرالإخلاص يكون التوفيق
Sesuai kadar keikhlasan kita taufiq Allah kita dapatkan
من روائع ما وصلني ..
Ini termasuk hal-hal menarik yang sampai kepadaku
إهداء لمن أحبهم
Hadiah buat org2 yang kucintai...
Ustadz Ali Basuki,LC.
SOLAT QADA'
"Hutang Allah itu leboh perlu ditunaikan (diganti)."
(Riwayat Al-Bukhari no. 1817)
1. Meninggalkan solat = Hutang?
Sesiapa yg berhutang, wajib melunaskan kembali hutang-hutangnya. Begitu juga dgn solat. Jika seseorang meninggalkan solat fardu misalnya solat zuhur, dia wajib menggantikan kembali solat itu. Mengapa? Hal ini kerana solat adalah ibadah tunai.
Meninggalkan solat diibaratkan seperti berhutang dgn Allah SWT. Oleh itu, kita perlu segera membayar hutang-hutang dgn menunaikan solat qada. Qada bermaksud menunaikan sesuatu ibadat bukan pada waktu yg sepatutnya. Dalil pensyariatan solat qada ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yg diceritakan oleh Abdullah
Ibnu Mas'ud r.a.:
* Abdullah Ibnu Mas'ud r.a menceritakan, "Ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenamnya matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat zuhur, kemudian asar dan maghrib serta isyak."
(Riwayat at-Tirmizi no.164)
2. Hukum Mengqada Solat
Seperti yg telah dikatakan di atas, solat yg kita tinggalkan adalah seperti satu hutang, iaitu hutnag kita dengan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
فدين الله أحق أن يقضى.
Ertinya: " Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)."(Riwayat al-Bukhari no. 1817)
Maksudnya di sini, kita wajib menggantikan semua solat fardu yg kita pernah tinggalkan. Bukan sahaja solat, bahkan ibadah-ibadah tunai lain juga kita wajib ganti sekiranya kita meninggalkannya.
3. Kewajipan Menggantikan Solat
Solat merupakan rukun Islam yg kedua, iaitu selepas mengucapdua kalimah syahadah. Hal ini bermaksud solat wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yg mukalaf dan jika seseorang itu meninggalkan solat, dia wajib menggantikan semula solatnya yg ditinggalkan.
4. Keadaan Yang Tidak Menggugurkan Kewajipan Menggantikan Solat
♡ Pitam
♡ Pengsan
♡ Lalai
♡ Tertidur
♡ Solat menghormati waktu
♡ Orang yang murtad dan kembali kepada Islam
5. Keadaan Yang Menggugurkan Kewajipan Menggantikan Solat
♡ Wanita yang sedang haid / nifas / wiladah
♡ Kafir
♡ Golongan tidak siuman (gila)
♡ Pesakit yang sedar daripada koma
♡ Golongan kanak-kanak
6. Bersegera Menggantikan Solat
♡Berdasarkan pendapat ulama mazhab Syafi'i, seseorang yg tidak tahu berapa jumlah solat yg pernah ditinggalkannya hendaklah menggantikan solat-solat itu sehingga dia yakin semuanya selesai.
♡ Bagi alasan tiada masa pula, tiada halangan untuk menggantikan solat pada bila-bila masa walaupun oada waktu makruh solat. Hal ini kerana ulama mazhab Syafi'i menyatakan bahawa hukum menggantikan solat pada waktu yg dimakruhkan adalah harus. Oleh yg demikian, tiada alasan bagi seseorang itu untuk melambatkan solat qadanya.
7. Cara Menggantikan Solat
♡ Lafaz niat solat qada
- Lafaz niat solat qada subuh
أصلي فرضالصبح رکعتين قضاءا لله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardu subuh, dua rakaat, qada kerana Allah Taala."-Lafaz niat solat qada zuhur
أصلي فرض الظهر أربع رکعات قضاءالله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardhu zuhur, empat rakaat, qada kerana Allah Taala."-Lafaz niat solat qada asar
أصلي فرض العصر أربع رکعات قضاءالله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardu asar, empat rakaat, qada kerana Allah Taala."-Lafaz niat solat qada maghrib
أصلي فرضالمغرب ثلاث رکعت قضاءا لله تعالى
Ertinya : "Sahaja aku solat fardu maghrib, tiga rakaat, qada kerana Allah Taala."-Lafaz niat solat qada isyak
أصلي فرض العشاء أربع رکعت قضاءا لله تعلى
Ertinya: "Sahaja aku solat fardu isyak, empat rakaat, qada kerana Allah Taala."8. Menggantikan Solat Mengikut Turutan
Bagi mazhab Syafi'i, seseorang yg ingin menggantikan solatnya tidak wajib mengikut susunan. Mengikut susunan di sini bermaksud seseorang itu perlu menggantikan solatnya yg tertinggal dahulu sebelum menunaikan solat tunai. Imam Syafi'i tidak mewajibkan menggantikan solat mengikut susunan, sunat sahaja.
Oleh itu, terpulanglah kepada orang itu sama ada dia ingin menggantikan solatnya sebelum atau selepas melakukan solat tunai.
Walau bagaimanapun, mazhab yg lain, iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali mewajibkan solat qada yg dilakukan mengikut susunan iaitu wajib ke atas seseorang itu menggantikan solat yg tertinggal dahulu sebelum melakukan solat tunai. Jika seseorang itu menggantikan solat tidak mengikut tertib, maka solatnya dianggap batal.
Tetapi, hukum ini gugur berdasarkan tiga perkara berikut:-
-Waktu sempit
Waktu sempit di sini bermaksud waktu solat yg ada tidak cukup utk menggantikan semua solat yg tertinggalkan selepas solat tunai dilaksanakn.
-Jumlah solat yang ditanggalkan.
Jika seseorang itu meninggalkan solat melebihi lima waktu dan berulang-ulang, maka dia harus menggantikan semua solat itu selepas melaksanakan solat tunai.
-Teringat ketika sedang menunaikan solat tunai.
Maksudnya di sini ialah seseorang itu teringat yg dia ada tertinggal solat ketika sedang menunaikan solat tunai. Jika keadaan ini berlaku, solat tunainya adalah sah dan dia boleh menggantikan solatnya yg tertinggal selepas itu.
💖 Kesimpulannya, tiada alasan bagi seseorang ituvuntuk tidak mengganti solat-solat yg ditinggalkannya. Solat-solat ini ialah hutang kita dengan Allah SWT. Jika di dunia ini kita wajib melangsaikan hutang-hutang kita, apatah lagi dengan Allah SWT iaitu Pencipta kita.
Sunday, 10 August 2014
JIHAD DAN WANITA
"Mungkin seseorang itu bertanya apakah itu jihad? Dimanakah jihad sekarang ini?
Jihad adalah syiar Allah S.W.T di mana jihad masa ini,Ulama menyatakan jihad peperangan itu,jihad bertempur dalam medan peperangan itu tertutup.Bilakah akan dibuka?Itu adalah rahsia ilmu Allah S.W.T.
Tetapi para alim ulama menjelaskan kepada kita bahawa jihad kita yang utama yang terhebat dan teragung pada ketika ini adalah jihad melawan nafsu kita.
Bagaimana kita memberi makna hikmah dan kasih sayang kita kepada hamba Allah S.W.T,jihad nafsu kita untuk kita memperelokkan dan memperindahkan interaksi kita dengan perhubungan kita sesama manusia.
Bagaimana dengan jihad wanita pula?Jihad wanita pula adalah dalam mentarbiah anak-anak mereka,jihad mereka adalah dalam membantu suami mereka khususnya pada zaman ketika ini Rasulullah S.A.W mengatakan "Untuk seseorang itu beristiqomah di dalam agama adalah seperti seorang yang memegang bara api." Maksudnya betul-betul lemah memegang dan berpegang teguh pada agama.Ini adalah medan jihad kita memerangi jihad nafsu.
Rasulullah S.A.W bersabda di dalam suatu hadis yang pendek dan ringkas tapi membawa maksud yang banyak mengatakan "Apabila seseorang wanita itu menunaikan solat 5 waktunya dan berpuasa ramadhan dan juga memelihara kemaluannya dan juga mentaati suaminya( dan tidak syak lagi apa yang dimaksudkan dengan mentaati suami itu adalah termasuk mentarbiah anak-anaknya)
Maka seseorang wanita yang menyempurnakan tugas-tugas itu maka Allah S.W.T akan mengatakan kepadanya "Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu sukai."
#MutiaraKata[AS-SAYYID AHMAD MUHAMMAD ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI & AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI]

BERCAKAP KETIKA AZAN
Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: "Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu) Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur." (Hadith Sahih Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harith bahawa beliau berkata, "Ibn Abbas berkhutbah di hadapan kami pada hari radghin. Ketika muazzin sampai kepada ucapan حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ , maka beliau memerintahkan dgn berkata, الصلاة في الرحال (Solatlah di tempat tinggal). Kami semua saling pandang memandang, maka beliau berkata,"Hal ini telah dilakukan oleh org yang lebih baik darinya. Sesungguhnya ia merupakan keharusan." (Hadith Sahih Bukhari)
Keterangan hadith:
Yang dimaksudkan bab berbicara saat azan الكلام في الأذان adalah mengucapkan perkataan selain azan pada saat azan dikumandangkan. Imam Bukhari tidak menegaskan hukum ini kerana hadith ini tidak ada tanda2 suruhan secara tegas. Akan tetapi keterangan yang disebutkan di tempat ini bahawa beliau membolehkan hal tersebut. Al-Hafiz Ibn Munzir telah menukilkan pendapat yg membolehkan secara mutlak dari Urwah R.A, Atha', Al-hassan serta Qatadah R.A dan inilah pendapat imam Ahmad Rh.
Ad-dawudi berpendapat hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang bolehnya berbicara ketika azan tetapi berdasarjan pendapat sblmnya adalah sesuatu yg disyariatkan apabila perbicaraan itu termasuk sbhgn azan (spt mengajak manusiaa mengerjakan solat dsb)
Jadi adalah tidak benar sekiranya orang yg bercakap ketika azan akan dihukum mati berat sebelah kerana sesetengah fuqaha membenarkan manusia bercakap ketika azan.

AURAT WANITA MENURUT ALQURAN DAN HADIS
1. Bulu Kening.
Menurut Imam Bukhari: Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu keningnya." (Riwayat Abu Daud Fi Fathul Bari.)
2. Kaki (tumit kaki).
"Dan janganlah mereka (perempuan) memhentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (QS: An-Nur: 31)
3. Wewangian.
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan Hibban)
4. Dada.
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (QS: An-Nur:31)
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (QS: An-Nur:31)
5. Gigi.
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan.
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan.
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata.
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebagian dari pandangannya." (QS: An-Nur : 31)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara).
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (QS: Al Ahzab: 32)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, Yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibnu Majah).

10. Kemaluan.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(QS: An-Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS: Al Ahzab : 59)

12. Rambut.
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Monday, 2 June 2014
final exam around the corner ::
assalamualalaikum semua
dah berhabuk dah blog ni kan. hahaha. maaflaa. takde rasa nak update. tp xpe..skg ade bykkkkkk cerita amie nak share. hope sudi2 lah bace. hehe.
skrg ni amie tgh bz prepare utk final exam sem4. waaa ! dah sem4 kan. lg dua tahun grad. hehe. tak saba ase. tp itulah..bersusah dahulu, bersenang kemudian. studyweek kat up ni mmg sunyi sbb sume org balik. sume amek mood study kat umah. amie sem sem lepas pon balik je studyweek. tp skg x sbb malas. n nak try studyweek kat u.hahaa. tgok laa jd ke idok nye kan? :P
sem ni amie amek 6 subjek. pengenalan matematik kepada perniagaan, prinsip ekonomi, prinsip pemasaran, pembangunan dan kelestarian, pengurusan kewangan, dan teknologi maklumat. pehhh.nampak macam alaa. lexlaa. tp kan korang...subjek i sume killer tau. ade la art2 killer nye. hahaa. amie nye carrymarks xbpe nak bagus. sbb tu lah try duk studyweek kat upm ni. hahahahaha. mohon berbaloi !
okey..tu citer pasal final. kite tukar la. pasal lain plak..hehe.....tp nt la ea :)
Subscribe to:
Posts (Atom)