expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
as l0ng as i breath...may G0d bless us...

Sunday, 10 August 2014

JIHAD DAN WANITA

"Mungkin seseorang itu bertanya apakah itu jihad? Dimanakah jihad sekarang ini?

Jihad adalah syiar Allah S.W.T di mana jihad masa ini,Ulama menyatakan jihad peperangan itu,jihad bertempur dalam medan peperangan itu tertutup.Bilakah akan dibuka?Itu adalah rahsia ilmu Allah S.W.T.

Tetapi para alim ulama menjelaskan kepada kita bahawa jihad kita yang utama yang terhebat dan teragung pada ketika ini adalah jihad melawan nafsu kita.

Bagaimana kita memberi makna hikmah dan kasih sayang kita kepada hamba Allah S.W.T,jihad nafsu kita untuk kita memperelokkan dan memperindahkan interaksi kita dengan perhubungan kita sesama manusia.

Bagaimana dengan jihad wanita pula?Jihad wanita pula adalah dalam mentarbiah anak-anak mereka,jihad mereka adalah dalam membantu suami mereka khususnya pada zaman ketika ini Rasulullah S.A.W mengatakan "Untuk seseorang itu beristiqomah di dalam agama adalah seperti seorang yang memegang bara api." Maksudnya betul-betul lemah memegang dan berpegang teguh pada agama.Ini adalah medan jihad kita memerangi jihad nafsu.

Rasulullah S.A.W bersabda di dalam suatu hadis yang pendek dan ringkas tapi membawa maksud yang banyak mengatakan "Apabila seseorang wanita itu menunaikan solat 5 waktunya dan berpuasa ramadhan dan juga memelihara kemaluannya dan juga mentaati suaminya( dan tidak syak lagi apa yang dimaksudkan dengan mentaati suami itu adalah termasuk mentarbiah  anak-anaknya)

Maka seseorang wanita yang menyempurnakan tugas-tugas itu maka Allah S.W.T akan mengatakan kepadanya "Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu sukai." 

#MutiaraKata[AS-SAYYID AHMAD MUHAMMAD ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI & AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI]

BERCAKAP KETIKA AZAN

Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: "Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu) Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur." (Hadith Sahih Muslim)

Dari Abdullah bin Al-Harith bahawa beliau berkata, "Ibn Abbas berkhutbah di hadapan kami pada hari radghin. Ketika muazzin sampai kepada ucapan حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ , maka beliau memerintahkan dgn berkata, ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال (Solatlah di tempat tinggal). Kami semua saling pandang memandang, maka beliau berkata,"Hal ini telah dilakukan oleh org yang lebih baik darinya. Sesungguhnya ia merupakan keharusan." (Hadith Sahih Bukhari)

Keterangan hadith:

Yang dimaksudkan bab berbicara saat azan ‏الكلام في الأذان‏ adalah mengucapkan perkataan selain azan pada saat azan dikumandangkan. Imam Bukhari tidak menegaskan hukum ini kerana hadith ini tidak ada tanda2 suruhan secara tegas. Akan tetapi keterangan yang disebutkan di tempat ini bahawa beliau membolehkan hal tersebut. Al-Hafiz Ibn Munzir telah menukilkan pendapat yg membolehkan secara mutlak dari Urwah R.A, Atha', Al-hassan serta Qatadah R.A dan inilah pendapat imam Ahmad Rh.

Ad-dawudi berpendapat hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang bolehnya berbicara ketika azan tetapi berdasarjan pendapat sblmnya adalah sesuatu yg disyariatkan apabila perbicaraan itu termasuk sbhgn azan (spt mengajak manusiaa mengerjakan solat dsb)

Jadi adalah tidak benar sekiranya orang yg bercakap ketika azan akan dihukum mati berat sebelah kerana sesetengah fuqaha membenarkan manusia bercakap ketika azan.

AURAT WANITA MENURUT ALQURAN DAN HADIS



1. Bulu Kening.
Menurut Imam Bukhari: Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu keningnya." (Riwayat Abu Daud Fi Fathul Bari.)

2. Kaki (tumit kaki).
"Dan janganlah mereka (perempuan) memhentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (QS: An-Nur: 31)

3. Wewangian.
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada.
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (QS: An-Nur:31)

5. Gigi.
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan.
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan.
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata.
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebagian dari pandangannya." (QS: An-Nur : 31)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara).
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (QS: Al Ahzab: 32)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, Yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibnu Majah).

10. Kemaluan.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(QS: An-Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS: Al Ahzab : 59)

12. Rambut.
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Monday, 2 June 2014

final exam around the corner ::

assalamualalaikum semua
dah berhabuk dah blog ni kan. hahaha. maaflaa. takde rasa nak update. tp xpe..skg ade bykkkkkk cerita amie nak share. hope sudi2 lah bace. hehe. 

skrg ni amie tgh bz prepare utk final exam sem4. waaa ! dah sem4 kan. lg dua tahun grad. hehe. tak saba ase. tp itulah..bersusah dahulu, bersenang kemudian. studyweek kat up ni mmg sunyi sbb sume org balik. sume amek mood study kat umah. amie sem sem lepas pon balik je studyweek. tp skg x sbb malas. n nak try studyweek kat u.hahaa. tgok laa jd ke idok nye kan? :P 

sem ni amie amek 6 subjek. pengenalan matematik kepada perniagaan, prinsip ekonomi, prinsip pemasaran, pembangunan dan kelestarian, pengurusan kewangan, dan teknologi maklumat. pehhh.nampak macam alaa. lexlaa. tp kan korang...subjek i sume killer tau. ade la art2 killer nye. hahaa. amie nye carrymarks xbpe nak bagus. sbb tu lah try duk studyweek kat upm ni. hahahahaha. mohon berbaloi !

okey..tu citer pasal final. kite tukar la. pasal lain plak..hehe.....tp nt la ea :)

Sunday, 20 October 2013

something to spill :]

assalamualaikum
here i am. for long time no see. huhu.

pepetang ni sesaje je nak spill ape yg terbuku dalam hati ni..sbb i tau..xde sape pon yg bace..kan ? tp andai kate yg terbace tu salah pham or terkena ke ape. mintak maap bebanyak er..

tadi baru bangun tidur..lame jugak la kandas tido td. haha. terok punye orang. bangun2 je terus tgok phone ! aiseh..lupe laa..aq off kan phone kan..so, no worries. sampai saat ni pon aq still off kan phone. hmm. rase mcm takkan dicari lagi. xde jodoh ? tu hak Dia nak tentukan jodo aq dgn die..hmm. aq redha je. bukan sikap aq nak lari2 ni..tp tu lah..terpaksa..smpai bila asyik aq je nak kena blame. kn ? nonsence. saba jee. ade hikmah nye. skrg pon dah mcm byk bnde yg tak kena. baik belah die, or belah aq. kalau nak amek kira family plak. mmg byk dugaan sebenanye..tp sokay. asal ade rase dlm hati tu. kan ? dulu seem like die lebih dari aq. but now ? aq ase mcm aq jee over to him. so what ? just keep silences dear. maybe its the best. who know? huhu. kekadang silences is better . yeah. 

nwxt to week, aq dah cuti mid sem. whoaa. ase mcm best je..ase kejap jee dlm u ni. xlame dah nak abes sem..nk abeskan second year..nak habiskan degree ! best best best ! hehe. tp byk bnde nak kena pk sebena nye kan..bukan semudah tu je kite nak lalui sume too. sape yg lalui tu tau la mcm mne. haha kalau duk bizi memanjang mmg tak terasa la mase tu bergerak. as for me lah kan. dgn persatuan bagai. tp alhamdulillah itu semua dibuat dgn rela hati. so, no one will should me blame . huh ?

hehe. stdy ok. cume skg aq tak lepas ag satu paper, management. ntah bile drlina nak gtau date n time ni. sok kena pi pulun jugak pi jmpe die amek test even dah lambat. huhu. beter late than never right ? nanti jd mcm aq mse sem 1 dlu..burn mcm tu je test 1 aq. hoho. tak pasal2 dpt B+ jee. ngaaaaaaa. haha.

eh eh eh, dah kul 630 laa.. ok fine. na belah dulu . papehal pon, teruskan usaha utk kearah akhirat, tp dunia jgn lupa ! mase utk bersihkan diri n siap2 utk jumpe Dia <3

Wednesday, 11 September 2013

dua . dua . dua.

assalamualaikum..
apa kabar ye korang ? huhu. saya sihat2 je..beselah awal2 sem ni..mmg la sihat.. ace tggu bpe mggu ag..knpem demam punye. haha. bz saya ni kalau nak tau.. tak sah kalau xdemam selang tiga minggu..antibody tak kuat la katakan.. huhu. 
oklah..back to top..agak2 kan..knp saya wat tajuk mcm tu ? hmm.. sebab nye..sebabnye..sebab.. hahahah. sbb skrg ni ase mcm sume berkaitan gn dua..huhu

first !! 
sayaa berada dalam tahun pengajian yang kedua sekarang ni..baru masuk sem tiga. yuhuuu. da jadi senior tau. lalalla :P  walaupun ramai yg tye first year ke..haha. sbb saya kan kecik. so, redha je lah..senyum je. hikhik. best ape org aggp kite mude. ngee :P seronok jugak awal2 ni..setakat ni lah seronok lagi life ni. tatau la pas ni kot2 messy tahap hapee kan. haha. 


second !! 
sayaa dah berjaya tukar kos, hmm. program laa kat upm ni. dulu saya amek Bac.Sc Human Development and IT kan..skg da tukar Human Development and Management. ase excited sgt sbb dpt belajar ape yg kita minat. heheheh. sukeee <3 yg best sekali sume back to basic utk kelas sem ni..mcm matrik dulu. syokk la kan. tak saba nak balik umah amek nota2 dulu..mintak2 la ayah tak pi jual kat recycle centre lg.. hehe..

third !! 
ssayaa skrg dah bertukar ke bilik baru yg best. hehe. roomate saya pon best. so mmg best lah kan. ngee. byk bnde best setakat ni. hope berkekalan la bnda ni..hmm bilik ni bilik utk dua org. see !! dua lagii..hehe. best lah. sbb luas sikit dri dlu..ase selesa la. n privasi pon oklah kan.. nak tol2 privasi kena pi duk bilik sensorang la kan. hahaha. bersyukur je lah.. alhamdulillah.


okey. saya off pasal DUA tu.. hmm. ni nak story pasal lain pulak. nak story touching sikit. ngee. bukan pasal ape pon..pasal frenship je.. i miss her a lot. my bff. saya harap sgt hubungan kami bakal erat balik mcm duulu.. aminn. doakan ek ? tq.. :)

Monday, 15 July 2013

ramadhan

alhamdulillah..sudah hari ketujuh kita puasa hari ini kan.. syukur pada Tuhan sebab bg kesempatan utk merasa ramadhan kali ini..tengah ready nak solat subuh..tp nyempat ag nak update blog. hehe. saje je.. lame dah x singgah..ni aku nak tulis.. aku dah berjaya beli rantai emas ! nak sangat kan..haa..beli pon.. padahal gaji x dpt pon lg. haha. alhamdulilllah..rezeki.. murah je pon rantai tu..hmm. ni nak siap2 gi keje kat Najah Butik Collection lak kat Kuantan Parade, Pahang. hehe. ok lah.. nak gi solat pulak.. :)